Bab 1
“ADUH! Mampus aku, mampus! Sekarang dah pukul 9.05 minit. Argh! Macam mana
aku boleh terlewat lima minit ni?”
Saat itu, terasa mahu menjerit pun ada juga. Sudahlah waktu
ini jalan jammed nak mampus! Jalan
raya ketika itu sesak berselang-seli dengan bunyi hon sekali. Bila aku dah
stres macam ni, apa lagi, aku pun ikut bunyikan hon! Geram di dada hanya Allah
saja yang tahu.
Tiba-tiba, telefon bimbit berbunyi. Dalam mulut aku yang
terkumat-kamit menandakan aku benar-benar stres, punat hijau terus aku tekan.
“Hah, ya! Apasal call orang ni? Orang
sibuk tau tak? Tak menyempat-nyempat!”
“Err... Part
mana yang awak sibuk tu, Cik Wafiyyah Iman? Tak sangka awak ni garang jugak ya!”
Erk! Mulut aku dah terkunci, tak tahu nak cakap apa. Aku
tengok skrin dan... Aku rasa nak pengsan! Alamak, siotlah mulut aku. Berani giler kut marah bos sendiri!
“Err... Sorry,
boss. Jalan jammed, sebab tulah saya rasa tension sikit.” Aku jawab ala kadar.
Alah, dengan Dato’ Ghani ni aku nak heran apa? Kalau dah memang miang, memang
dah tak boleh ubah dah!
“Oh, it’s okay... Pastikan yang awak sampai
sebelum semua klien datang. Kalau awak lambat, awak kena temankan saya pergi lunch. Okey?”
Siot punya bos! Gatal tak bertempat. Sempat lagi kau nak
mengurat aku ya? Boleh blahlah kau orang tua botak!
“Okey.” Walau tak ikhlas macam mana pun, aku akur saja. Nak
buat macam mana? Dah dia yang bayar gaji aku. Nanti kalau aku lepas mulut,
silap-silap memang boleh potong gaji! Apa aku nak bagi mak dekat kampung?
Akhirnya selepas beberapa minit kemudian, aku sampai
juga ke pejabatku. Fuh, selamat! Alina yang berada di kaunternya terus aku
hampiri.
“Err... Lina, klien-klien dah sampai ke?” tanyaku dengan
nafas yang termengah-mengah.
Alina tersenyum sambil memandang ke arahku. “Dah. Lebih
kurang... seminit yang lalu.”
Serentak itu, aku terasa roh aku macam terbang melayang.
What the fish! Mampuslah aku kena
temankan orang tua botak tu! Makkk...
tolonglah faham. Orang tak naklah! Nanti diskandalnya aku dengan bos miang tu,
aku juga yang dapat malu! Kalau dia tu, mana tahu rasa malu! Tahun lepas, heboh
satu pejabat yang orang tua botak tu kena tangkap basah.
Tapi, entah macam mana, berita yang sepanas karipap yang
baru keluar dari microwave jadi sejuk
macam itu saja. Terus senyap macam tak pernah berlaku pula! Itu yang membuatkan
aku sakit hati. Sepatutnya mereka yang tahu pasal perkara itulah patutnya
bekerjasama memberitahu pihak atasan! Biar orang tua yang berkepala botak licin
itu kena pecat!
“Oi... Kau
termenung apa lagi? Pergilah masuk ke dalam bilik mesyuarat cepat. Nanti bos ngap
kau baru tau!” tegur Alina apabila perasan yang aku masih lagi tidak menganjak
dari situ.
“Ya Allah! Okey. Thank
you Lina sebab tolong sedarkan aku. Anyway,
chow!” Dan aku terus bergegas menuju ke bilik mesyuarat. Harap-harap
sempatlah walaupun aku dah sedar, segala-galanya sudah terlambat sekarang!
“Eh... Tunggu sekejap Iman! Bukan bilik...”
Aku dah tak peduli dengan apa yang Alina cuba sampaikan.
Yang penting, aku betul-betul dah terlambat!
“Bos! Maafkan saya. Saya tau saya dah terlambat. Malam
tadi saya tengok bola sampai pukul 3.00 pagi. Sebab tulah saya bangun pukul
7.00 pagi! Tapi saya selalunya bangun pukul 6.00 pagi, jadi saya harap bos
maafkan saya!” Sebaik sahaja aku membuka pintu sepantas kilat, mulut aku laju berpot-pet
dengan mata yang terpejam.
Suasana yang sepi itu membuatkan aku perlahan-lahan
membuka mata. Eh? Aku sudah tercengang-cengang. Seingat aku, ini bukan klien
yang perlu aku jumpa!
Semua mata yang berada di dalam bilik mesyuarat itu
memandang aku dengan pandangan yang pelik. Ada yang memandang aku dengan tidak
puas hati sebab aku datang main mengejut. Ada juga yang menahan gelak sebab tak
tahan dengar mulut aku yang tak habis-habis berpot-pet, pot-pet!
Tiba-tiba aku terasa darah mula menyerbu pada seluruh
wajahku. Ya Allah... Apa yang aku dah buat ni? Sungguh aku terasa malu tahap
gaban. Okey, di sini aku dah belajar pengajarannya. Jangan main redah masuk
tanpa mengetuk pintu dan tengok sekeliling sebelum bercakap!
“Err... Maafkan saya sebab mengacau. Jadi...” ujarku
perlahan-lahan sambil bibir cuba menahan sengih untuk cover malu. “Saya pergi dulu!”
Dengan cepatnya, aku menutup pintu bilik kemudian
berlari menuju ke kaunter Alina. Sungguh aku terasa malu! Rasa nak terjun dari
bangunan KLCC pun ada juga! Someone, please...
Tolonglah sedarkan aku daripada dunia fantasi ni!
“Oi, Iman! Cik Wafiyyah Iman!” panggil Alina.
Aku terus memandang wajah Alina tajam. Sebab minah nilah
aku dapat malu! “Apa? Kau nak malukan aku lagi ke?”
“Hoi, sedapnya kau nak menyalahkan aku! Aku baru nak
cakap yang bos buat dekat bilik mesyuarat kedua, kau dah blah!”
Aku terdiam sebelum menggelengkan kepala. “Mampuslah aku
kalau bos miang tu tau aku buat kacau dekat bilik mesyuarat tadi.”
“Oi. Kau dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni!”
bentak Alina geram.
“Apa?” Pantas aku bertanya.
“Mesyuarat tu... ditundakan untuk seketika. Pukul 10.00
pagi dia orang sambung balik! Aduh, susah betullah dapat kawan yang suka
gelabah ni.” Giliran Alina pula menggelengkan kepalanya.
Mata aku sudah membulat. “Siot betul! Lain kali
cakaplah. Fuh. Cemas gila aku tadi.”
“Yalah. Dah aku nak cakap tadi, kau dah lari dulu. Gaya
macam orang lari tak cukup tanah!” perli Alina.
Tapi aku peduli apa. Yang penting aku tak kena denda
dengan Dato’ Ghani tu. Fuh, selamat den! Jam sempat aku kerling. Sudah pukul
9.40 minit. Nampaknya masih berbekal 20 minit. Sempat kut kalau nak berborak
sekejap dengan Alina. “Kau tau tak Lina, siapa dekat bilik mesyuarat pertama
tadi?”
“Oh, yang tu? Garuda Holdings.”
Mulut aku sudah terlopong. Garuda Holdings? Tak silap aku
syarikat itu memiliki empayar yang sangat besar! Memang kalau digandingkan
dengan syarikat aku, bagai langit dengan bumi wa cakap sama lu! Hesy, tak boleh
jadi ni!
“Lina, kau serius? Seriously
serius?” tanya aku dengan mata yang membulat.
“Tak boleh ke cakap serius tu sekali? Ya, aku seriuslah!
Yang kau ni, tak tentu arah sangat ni kenapa? Cuba terang dekat aku satu per satu.
Kalau tak, macam mana aku nak faham pangkal ceritanya?” Alina cuba menenangkan
aku.
“Aku... aku dah buat masalah besar dekat bilik mesyuarat
pertama tu. Ah, sudah! Mampus aku! Kalau bos tahu, memang habislah aku! Lina,
macam mana ni? Apa yang patut aku buat? Aku malu!” Serius, rasa macam dah nak
menangis dah ni!
“Woah... Woah... Relaks okey... Relaks... Tak ada
benda yang kau nak malu. Cuba kau fikir positif sikit. Anggap ajelah tadi kau
sengaja buat lawak dan semua orang tergelak dengan lawak yang kau buat.” Alina
memberi cadangan walaupun dia sebenarnya tak tahu benda apa yang aku nak malukan.
“Woi, kau ingat senang macam tu aje ke?” Aku menjegilkan
mata ke arah Alina.
“Terpaksa... Nak buat macam mana? Benda dah jadi, kan? Tak
perlulah kita kenang masa silam kembali. Bak kata orang, barang yang lepas
jangan dikenang.”
Aku hanya menggelengkan kepala. Hampeh betul Alina ni!
Benda serius macam ni mana boleh dibuat main!
“Susah betullah kau ni. Cadangan aku, kau ambik ajelah emergency leave. Tenangkan sikit otak
kau. Nanti aku jawab dekat bos, okey?”
Cadangan Alina itu aku kira agak bernas tapi nak cari
pasal pun sebenarnya ada juga! Gila! Takkan waktu nak mesyuarat aku boleh pula
sesuka hati ambil emergency leave?
Memang nak kena sembelihlah gamaknya dengan bos yang botak licin tu!
“Cadangan kau akan aku fikir sat lagi. Okey, sekarang ni
aku perlu pergi bermesyuarat.” Dalam pada waktu cemas itu, sempat aku
mengerling ke arah jam di tangan. Harap-harap masa mesyuarat aku tak
menggeletarlah nanti.
Walau awal 10 minit pun, aku tetap nak blah masuk dalam bilik mesyuarat.
Lantaklah staf-staf lain nak bising kata aku ni dah semakin rajin ke, aku dah
buang tebiat ke. Aku kisah apa? Janji tak kacau hidup dia orang!
“Okay, honey. Good luck!” usik Alina bersahaja.
Aku hanya mencebik sebelum ketawa. “Terima kasih
banyak-banyak bee!”
Kami sama-sama ketawa sebelum aku menghilangkan diri.
Nasib baik ada si Alina. Tak adalah serabut sangat kepala otak aku ni.
SEDANG aku mengemas segala timbunan fail-fail di atas meja, seseorang
mendekati aku. Aku pantas mendongak untuk melihat siapa gerangannya itu. Erk!
Sikit saja lagi aku nak sakit jantung bila tengok wajah tersebut!
“Jom Wafi, kita lunch.
Awak dah janji tadi, kan?” Dato’ Ghani sudah tersengih gatal di sisi aku.
Walaweh... Sesuka hati mak nenek dia aje panggil aku dengan panggilan Wafi.
Banyak cantik muka dia! Tapi, aku nak bagi alasan apa dekat dia ni? Siapa nak
pergi lunch dengan dia? Tak hingin aku. Sekalipun ditawarkan dengan
satu juta ringgit, aku tetap tak hingin!
Never, ever-ever!
“Err... Bos, saya mintak maaflah ek. Hari ni saya dah
janji nak makan dengan Alina. So,
saya tak dapatlah nak temankan bos,” ujarku dengan muka maintain selamba.
Eh, tapi betullah apa yang aku cakap ni. Memang aku nak
keluar dengan Alina pun. Bukannya sengaja nak cari alasan tak nak makan dengan
bos aku ni. Heh, yalah tu!
“Oh... Kalau macam tu awak teman saya lunch esok ajelah ya.” Sebelah mata dikenyitkan
kepadaku.
Tanpa pengetahuan dia, aku buat muka nak muntah. Siot! Tak sedar agaknya diri tu dah tua,
nak jugalah berkenyit-kenyit mata bagai dengan aku.
“Err... Okey.” Aku hanya membalas begitu. Tak kuasa nak
layan Dato’ Ghani lagi, aku terus blah
dari situ cepat-cepat.
Namun, aku masih dapat rasakan bahawa setiap langkahku
diekori oleh matanya. Siot betul! Kalau
tak mengenangkan aku ni ada iman dan akal, memang dah lama aku korek biji mata
dia. Gatal betul nak perhati aku lama-lama. Huh!
Kereta Kancil
kesayanganku yang terparkir elok di tepi syarikat aku dekati. Sambil itu,
sempat aku mengerling ke arah jam tanganku. Hmm, sudah pukul 12.30 tengah hari.
Sempat lagi nak lunch. Aku sudah
berkira-kira untuk pergi ke Restoran Nasi Ayam Mama. Dekat situ, nasi ayam dia
memang terbaik sampai rasa nak oder dua kali!
Tak sampai 20 minit, aku dah sampai ke restoran
tersebut. Makin tak sabar aku jadinya untuk menikmati nasi ayam yang sungguh
lazat itu. Dalam aku menunggu pesanan sampai, aku sempat membelek-belek telefon
bimbitku.
Akhirnya, setelah sekian lama aku menunggu, pesanan aku
sampai juga. Tapi, yang buat aku tercengang-cengang pelayan itu siap bagi surat
lagi dekat aku. Bila aku tanya siapa yang bagi, dia hanya senyum saja. Eh, eh.
Senyum pula dia. Lantaklah, tak nak jawab sudah. Biar aku nikmati nasi ayam ni
puas-puas!
Sambil letak surat itu di sebelah, aku makan nasi ayam.
Bagaikan langsung tidak berminat dengan surat itu. Bukannya apa. Aku ni bila
tiba part jiwang, aku rasa macam
kaku! Boyfriend? Cukuplah sekali!
Disebabkan dulu aku ni sangat-sangatlah tidak berjiwa romantik, ex-boyfriend minta putus dengan aku. Aku
pun bukanlah kisah sangat. Yalah, cinta monyet. Tahan lama mana saja. Tapi kalau
dah ada jodoh, adalah tu. Insya-Allah.
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Pantas aku
melihat. Senyuman di bibir terukir apabila melihat nama itu. Alina! Telefon aku
ni mesti nak marah-marah aku sebab aku tinggalkan dia.
“Ya. Assalamualaikum Cik Alina,” ucapku bersahaja.
“Waalaikumussalam Cik Iman. Kau kat Nasi Ayam Mama ke?”
Terus Alina bertanya.
“Aik? Macam mana kau tau?” soal aku pula. Kening aku dah
berkerut-kerut. Pelik betul. Si Alina ni ada sixth sense ke hape?
“La... Aku taulah. Aku nampak kau tak jauh beberapa
meter,” ujar Alina pula.
Makin berkerut-kerut kening aku jadinya. Pantas aku
berpaling ke belakang. Siot! Alina
dah ada di belakang aku sambil tersengih-sengih.
“Sampai hati kau kan tinggalkan aku sorang-sorang?”
Alina dah keluarkan suara merajuk dia.
“Alah, takkan merajuk kut? Sorrylah ling. Bos miang
tu dah menggatal dengan aku, aku pun blahlah
cepat-cepat. Tak sanggup aku! Nanti kalau kedua-dua bini dia datang serang aku,
aku jugak yang dapat malu,” ujar aku dengan jujur.
“Hmm... Ya tak ya jugak, kan? Eh, kalau kau nak tau kan,
bos miang kau tu nak jadikan kau bini nombor tiga dia,” ujar Alina sudah
tergelak-gelak.
Aku mengetap bibir geram. Hesy, ada pula cakap macam tu?
Nanti tak pasal-pasal masin mulut dia!
“Lina, tolonglah... Kalau dia paksa aku pun, aku sanggup
bunuh diri daripada jadi bini dia.” Aku sudah seram sejuk apabila memikirkan
hal itu.
Alina masih juga gelak-gelakkan aku. “Weh, kalau masin
mulut aku ni, aku nak jadi pengapit kau tau. Hmm... Nanti kan, mesti majlis
perkahwinan kau gilang-gemilang,kan? Yalah, pangkat Dato’lah pulak, kan! Hui...
Bestnya!”
“Lawaklah best...”
Aku merendahkan suara. Tapi aku tak nak fikir sangat hal itu. Bukannya
betul-betul jadi pun, kan? Jadi aku rasa tak payahlah nak over sangat.
“Kau tak nak makan ke? Tak lapar?” Topik pantas aku ubah.
“Dah, baru tadi. Aku makan burger. Dekat aje kut dengan
restoran ni. Tu yang ternampak kau makan dekat sini,” balas Alina.
“Hoi... Amalan tak sihat,” usik aku.
“Eleh, baru sekali.” Alina menjeling aku. Aku pula sudah
tergelak.
“Eh, kau tahu tak? Ada sorang mamat ni kan, asyik duk
pandang kau aje. Handsome jugak mamat
tu kalau kau nak taulah,” ujar Alina seraya mengangkat keningnya.
Dahi aku dah berkerut. “Siapa?”
“Hesy, manalah aku tahu. Tapi, dia dah blah dah. Melepas kau,” ujar Alina
sambil tersengih.
“Eleh, macam aku heran. Tadi pun, aku dapat surat.
Entah-entah daripada mamat tu tak?” Aku sekadar membuat andaian. Kalau salah,
memang malu besarlah aku!
“Ya ke? Tengok, tengok,” pinta Alina teruja.
Aku pun terus memberi surat yang aku dapat tadi kepada
Alina. Biarlah. Dengan Alina saja kut. Aku dengan dia pun dah macam
adik-beradik. Jadi, rahsia antara kita orang tak pernah kita orang simpan.
Kalau ada tahi lalat dekat paha pun, nak juga diberitahu!
“Eh, kenapa dia tulis macam ni?” Tiba-tiba Alina
memecahkan lamunanku.
“Kenapa?” tanya aku pelik.
“Kau bacalah.” Alina terus mengunjukkan surat itu
kepadaku.
Aku terus membaca isi surat itu.
Kecil sungguh
dunia ni, kan?
~ Someone
Ah, sudah! Siapa pula yang hantar surat yang bukan main
ringkas ni? Aku ingatkan isi kandungannya punyalah berjela-jela panjang sebab
nak berkenalan dengan aku, tapi ini saja rupanya isi itu!
“Tapi kan, Man. Muka dia macam aku pernah nampaklah.”
Alina menayangkan wajah musykilnya.
“Ya? Nampak kat mana? Tepi jalan?” perli aku.
Alina lantas memasamkan mukanya mendengar sindiran aku.
Aku pula sudah ketawa, malas nak pujuk.
“Lantaklah siapa-siapa pun. Dahlah, jom masuk pejabat.
Nanti terlewat, kena denda pulak dengan bos miang tu. Denda dia kau nak tau
apa? Teman dia makan. Siot!” Aku buat
muka nak muntah.
Alina pula
sudah tergelak mendengar kata-kata dan aksiku. Kepalanya sudah tergeleng-geleng
perlahan. Nasiblah dapat kawan yang gila-gila macam aku ni!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan