Bab 3
SEPERTI yang kami janjikan, aku membawa Irsyad berjumpa dengan bini-bini Dato’
Ghani. Mereka hanya berpakaian ringkas dan santai, tidak seperti sewaktu mereka
menyerangku di pejabat tempoh hari.
“Err... Perkenalkan, ini Irsyad, boyfriend saya.” Aku bersuara ala kadar.
“Nice meeting you,”
ujar Marsha dan Sahira serentak.
Marsha terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk
bersalam.
Baru sahaja Irsyad mahu menyambutnya, aku dah tolak
tangan Marsha ke tepi. Err... Sebenarnya, aku tak sengaja hendak berbuat
sedemikian. Entahlah. Tangan aku secara spontan bergerak laju pula.
Aku perasan, Irsyad sudah tersenyum-senyum. Aduh! Pasti
dia menyangka aku sedang cemburu sekarang.
“Oh, inilah boyfriend
you ya? Nampaknya you betul-betul cakap jujur,” ujar Sahira sambil merenung
tajam ke arah Irsyad.
Ya, aku memang jujur orangnya, tapi in bracquetlah, desisku dalam hati. Kalau mereka tahu aku sedang
menipu, pasti mereka akan menyembelih leher aku nanti. Oh, tidak sanggup aku
mahu membayangkannya.
“Eh, handsomenya
boyfriend you. Apa kata, kalau kita
tukar nak? You ambil laki I, I ambil boyfriend
you?” Marsha pula bersuara selamba.
Bulat seketika mata aku. Boleh pula macam tu?
“Marsha...” Sahira bersuara dengan nada yang keras.
“Okay, okay... Just
kidding. You tak marah, kan?” Marsha sengaja menyoalku dengan soalan
sebegitu.
“Oh, tak, tak...” Aku menjawab sambil berpura-pura
tersenyum ikhlas. Sungguhpun aku jawab begitu, tak tahu kenapa hati aku mula
rasa sesuatu. Sesuatu yang aku memang tak jangka pun akan muncul.
“Hah, alang-alang kita dah ada bersama-sama ni, apa kata
kita pergi makan? Nak?” Tiba-tiba Marsha mengeluarkan cadangan.
Sengajalah tu? Heh, macamlah aku tak tahu taktik dia nak
bersama Irsyad dengan lebih lama.
“Oh, boleh jugak. Perut I pun dah berbunyi dah ni. You all, boleh tak teman kami sama?”
soal Sahira sambil memandang aku dan Irsyad.
Spontan, aku dan Irsyad saling memandang.
“Sayang nak ke ikut? Kalau nak, abang on aje.”
Rasa nak pengsan bila Irsyad memanggilku sayang dan
membahasakan dirinya sebagai abang. Ya Allah! Serius nak pengsan ni weh.
“Sayang... Are you
okay?”
Lamunanku terhenti secara tiba-tiba. Pantas aku meraup
wajah yang aku pasti sudah merah warnanya. “Err... Okey, okey. Kalau ab... aAbang
tak kisah, jomlah ikut dia orang sama.”
Irsyad hanya mengangguk perlahan.
“Alahai, sweetnya
couple ni.” Marsha bersuara sambil
tersengih.
Aku hanya mendiamkan diri. Tapi muka aku dah merah habis
dah. Aku lihat, Irsyad sudah pun tersenyum-senyum. Hei... Dia ni kan! Dari tadi
asyik tersenyum saja, macam tak ada kerja lain pula nak buat.
SUNGGUH aku tidak selesa saat ini. Segala gerak-geriku terasa diperhatikan
oleh Irsyad. Bila aku angkat wajah dan kerling sedikit di sebelah, memang sah
dia tengah tengok wajah aku. Mulanya aku nak beri dia senyuman yang manis sebab
dia sudi tolong aku, tapi... Entah kenapa jantung aku berdegup kencang
sangat-sangat sampai tak boleh nak pandang muka dia. Akhirnya, aku tunduk
sambil menikmati cheesy wedges yang
berada di hadapanku.
“So... Kau
orang dah bercinta selama berapa tahun?” soal Sahira, bagaikan polis pula.
Aku dah bagaikan orang hilang akal. Tak tahu nak jawab
dengan jawapan apa. Aduh... Kenapalah aku tidak menyediakan jawapan awal-awal
bagi soalan yang akan diberikan oleh wanita ini?
“Hampir sebulan.”
Aku sudah terkedu. Pantas aku memandang Irsyad dan dia
pula hanya mengenyitkan sebelah matanya ke arahku.
“Oh, really?” Sahira pandang aku dengan
pandangan yang jelas curiga.
Aku rasa peluh sudah menitik ke dahiku sehinggalah ke
tepi pipiku. Gelisahnya aku ketika ini hanya Allah saja yang tahu.
“Sebenarnya, kami dah kenal beberapa tahun yang lalu.
Cuma, baru sampai ke hari ni hubungan yang sedang kami bina menjadi lebih
serius,” jawab Irsyad seolah-olah dia sudah hafal dengan skrip yang perlu
disuarakannya.
Aku pula sudah tergamam tak tahu nak cakap apa. Sungguh,
apa yang Irsyad cakapkan itu memang kedengaran sangat neutral. Tak nampak
langsung kepura-puraan dalam nada suaranya. Kalau diupah menjadi pelakon, aku
yakin memang dia akan jadi pelakon yang hebat.
“Oh...” Sahira menganggukkan kepalanya tanda faham.
Tiba-tiba, Irsyad mendekatkan sedikit bibirnya ke
telingaku. Sambil menutup mulutnya, dia berbisik. “Iman, perempuan dekat depan
I ni dari tadi tak habis-habis nak pandang I. I rimaslah!”
Erk! Aku sudah tersengih. Pasti dia maksudkan Marsha.
Pada pemerhatianku, sudah semestinya Marsha amat berminat dengan Irsyad. Yalah,
lelaki itu kan punya segalanya. Ada rupa, ada harta. Pendek katalah, satu pakej
lengkap untuk dijadikan suami idaman para wanita.
“Awak tahan ajelah. Please...
Tak lama pun. Demi saya okey.” Aku turut berbisik.
“Hmm... Yalah, demi you.”
“Thank you
sebab sudi memahami saya.”
Irsyad hanya tersenyum memandangku.
Sabar ajelah, Encik Irsyad. Marsha ni memang gatal sikit
kalau awak nak tau. Ecewah, jahatnya
mulut aku. Mengikut perhatianku, aku rasa Marsha dalam lingkungan 20-an. Hmm...
Biasalah, taste orang tua macam Dato’
Ghani tu mestilah nak yang muda-muda kan.
“Yang kau orang dari tadi berbisik-bisik tu kenapa?”
Sahira menyergah kami berdua.
“Err... nothing,” jawab Irsyad bagi pihakku. Dia
terus menolak pinggan ke hadapan sedikit memandangkan pinggannya sudah habis
licin.
“Eh, dah sudah makan ke, Ir? Tak nak oder lain? Kalau
you nak, I boleh oderkan untuk you. Hmm, nak oder I pun boleh.” Marsha sudah
tersenyum gatal sambil mata masih tetap memandang Irsyad.
“Erk!” Irsyad dah tergamam.
Kalau reaksi dia dah macam itu, aku apatah lagi! Sesuka
hati saja memanggil lelaki itu dengan panggilan Ir.
“Marsha...” Sahira memberi amaran sekali lagi. Kali ini,
besertakan cubitan sekali di pinggang. Mungkin sudah tidak tahan lagi dengan
Marsha yang sama gatal dengan suaminya.
“Auch! Sakitlah! I gurau ajelah. Itu pun nak ambil serius,”
jeling Marsha.
Ewah... Gurau-gurau pun ada juga hadnya, Puan Marsha.
Aku bersuara geram dalam hati.
“Sorrylah ya,
Irsyad. Dia ni memang macam ni. Over sikit,”
ujar Sahira.
“It’s okay,”
balas Irsyad perlahan.
Sempat lagi dia pandang aku dengan pandangan kurang
senang, namun aku hanya mampu mengangkat bahu. Dalam hati rasa serba salah pun
ada juga kerana terpaksa melibatkan dia dalam hal ini.
AKU terhenyak lemah di atas sofa. Penat betul aku hari ini. Namun, aku
bernasib baik kerana bini-bini Dato’ Ghani itu tidak mengesyaki apa-apa tentang
hubungan aku dan Irsyad. Pantas, aku membuka televisyen untuk menonton drama.
“Eh, tadi kau pergi ke mana?” Alina yang duduk serumah
menyertai aku menonton televisyen.
“Pergi jumpa bini-bini bos miang tulah,” jawab aku
ringkas.
“Jadi, kau kena tumbuk tak dengan bini-bini bos miang
tu? Aku tengok, muka kau elok aje...” Alina sempat membelek-belek mukaku untuk
mencari kesan lebam, namun aku pantas menepis.
“Kau ni... Kenapa pulak bini-bini bos miang tu nak
tumbuk aku?” soal aku dengan nada hairan.
“Yalah, dah dia orang tu kena tipu hidup-hidup dengan kau.”
Serentak itu, aku sudah tergelak kuat. Ni memang sah dia
tak tahu siapa yang berpura-pura menjadi boyfriend
aku. “Kau nak tahu, kan?”
“Eh... Mestilah nak,” jawab Alina bersungguh-sungguh.
“Hah, boleh. Tapi, dengan syarat. Kau kena belanja aku
makan dulu, baru boleh bagi tau.” Sengaja aku menggunakan taktik kotor.
“Eii... Mana boleh macam tu!” Alina dah mula muncungkan bibir.
Aku gelak lagi sebab puas dapat kenakan Alina. “Eleh,
gurau ajelah. Lelaki yang berpura-pura jadi boyfriend
aku tu ialah orang yang akan bekerjasama dengan syarikat kita.”
“Hah?! Serius? Lelaki yang pagi tadi tu?”
“Hah, dialah. Kenapa?” soal aku. Pelik apabila melihat
reaksi Alina yang sudah terkejut beruk. Pasti dia cemburu kerana aku berjaya
mendapat lelaki yang berwajah tampan itu.
“Biar betul kau!”
“Hesy, betullah! Apa pulak yang tak betulnya? Yang kau
ni, terkejut sangat kenapa?” soalku dalam nada hairan.
“Mana tak terkejut. Encik Irsyad tu pemilik syarikat
Garuda Holdings!”
“What?!” Kali
ini, bukan sahaja Alina yang terkejut. Aku lagi terkejut berbanding dia
Siot betul. Arghhh... Kenapalah
aku tak siasat dulu dari mana asalnya lelaki itu? Dato’ Ghani pun satu! Sewaktu
perbincangan yang berlangsung di dalam bilik dia kelmarin, dia tak cakap
apa-apa pula tentang Irsyad. Aduh... Kenapalah aku sangka Irsyad sekadar wakil
syarikat saja? Hambek! Itulah
balasannya kalau suka buat kerja tanpa usul periksa terlebih dahulu.
“Dan kalau kau nak tau, dialah orang yang hantar surat
ringkas tu dekat kau. Hesy, padanlah aku macam pernah nampak dia,” omel Alina.
Aku tak mempedulikan omelan Alina. Pasal itu memang dah
lama aku tahu. “Wei... Tolong cakap yang kau sedang bergurau sekarang ni!”
“Hoi! Nak buat apa aku nak bergurau dengan kau? Kalau
dengan bergurau dapat duit RM1 juta tak apa jugak,” bidas Alina sambil
menggelengkan kepalanya.
Aku pula sudah meraup wajah. Serta-merta terbayang dalam
minda ketika aku main redah masuk ke dalam bilik mesyuarat pertama. Aku yakin,
tentu dia ada sekali Iman, what have you done? Kau dah malukan diri
kau sendiri! Kerana terdesak, lelaki itu juga yang harus berkorban. Pemilik
syarikat yang gah pula tu!
Siot betul. Kalau aku tahulah tentang hal ini, serius aku tak nak suruh
dia jadi boyfriend palsu aku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan