Bab 5
AKU sampai di kampung tepat pukul 4.00 petang memandangkan kampungku agak
dekatlah juga dengan Kuala Lumpur. Emak sambut aku dengan riang dan aku hanya
membalas dengan senyuman tawar.
Memanglah berita yang sepatutnya menjadi berita yang
paling gembira buat aku patut aku sambut dengan hati yang senang. Tapi... entahlah!
Hati ni rasa macam tak nak terima sesiapa buat masa ini.
“Ayah mana, mak?” soalku saat aku tunduk menyalami
belakang tangannya. Mataku terus melilau-lilau mencari kelibat ayah.
“Ada. Dekat kebun dia tu. Sekarang kan musim durian. Dia
mestilah nak kutip durian. Bolehlah kau makan dengan tunang kau tu nanti,”
balas mak sambil tersenyum penuh makna.
Erk! Mak aku ni! Belum apa-apa lagi sudah kata aku ada
tunang. Mintak maaflah ya mak. Tunggu Iman kata setuju dulu, baru boleh mengaku
Iman ada tunang.
“Hmm... yalah.” Aku hanya membalas ringkas. Malas mahu
melawan cakap mak lagi. Nanti tak pasal-pasal dosa aku bertambah.
“Pergilah solat sekarang. Lepas tu, kamu bersiaplah ya.
Kejap lagi dia on the way nak jumpa
kamu.”
Aku dah tercengang apabila mak cakap macam itu. Apa pula
maksud mak ni?
“Tadi mak telefon dia, kata yang kamu dah balik ke sini.
Lepas tu, dia cakap dia nak datang hari ni pulak. Dia tak sabarlah tu nak jumpa
kamu,” jelas mak bagaikan mengerti apa yang bermain dalam mindaku.
Erk! Lagi sekali aku rasa nak pengsan. What? Like, seriously? Aku tak
bersedia lagi ni. Dahlah aku baru balik ke sini. Kut ya pun, bagilah aku
peluang nak berehat! Hatiku meronta-ronta penuh geram.
“Hesy! Orang tu tak menyempat-nyempatlah. Esok-esok tak
boleh ke?” Aku dah terasa nak marah.
“Kau ni... tak baiklah. Kalau dengar dek dia, kecil hati
dia. Orang datang tu dengan niat baik. Kau tu patut bersyukur tau sebab ada
jugak nakkan orang yang dah tak laku macam kau ni.”
“Mak!” Aku sudah terjerit kecil. Aku dikatanya tak laku?
Hei, ramai okey yang nakkan aku. Aku saja yang jual mahal.
Mak pula hanya tergelak. “Sudah, sudah. Cepat pergi
tunaikan kewajipan.”
Nak membidas, mak dah tolak-tolak badan aku masuk bilik
air. Yalah, lawan cakap dengan mak memang tak boleh menang. Terpaksalah aku
mengaku kalah.
Aku terus mengambil wuduk, kemudian solat asar. Usai
solat, aku memanjatkan doa kepada Ilahi agar diampunkan segala dosaku,
kedua-dua ibu bapaku dan umat-umat Islam seluruhnya. Belum sempat aku mahu
menghabiskan doa, terdengar suara mak memanggil namaku.
“Iman! Dia dah datang tu. Cepatlah keluar!”
Aduh, tak menyempat-nyempat betullah orang tu. Nasib
baiklah aku dah habis solat. Tiba-tiba timbul idea nakal dalam minda. Teringin
pula nak buat dia tertunggu-tunggu. Konon aku solat lamalah kan. Biar dia rasa
sendiri. Siapa suruh datang cepat sangat? Gelojoh!
Selepas aku melipat telekung, aku terus membaringkan diri
di atas katil. Hmm... Nasiblah kalau aku terlelap. Baru sahaja aku mahu lena,
suara mak memekak lagi sehingga tembus masuk ke dalam bilikku. Ni pasti sebab
geram dengan aku. Hahaha... Aku dah gelak sakan dalam hati sebab puas dapat
kenakan mereka berdua.
Lantas, aku tekapkan telinga pada pintu bilikku. Sengaja
mahu dengar apalah taktik mak mahu menenangkan ‘bakal suamiku’. Erk! Serius nak
muntah bila dengar perkataan tu!
“Err... Nak sabarlah ya. Tak lama lagi keluarlah si Iman
tu. Iman tu tengah mekap kut. Yalah, nak jumpa dengan kamu kan. Mestilah dia
nak lawa-lawa bila jumpa dengan bakal suami.”
Aku dah tertunduk-tunduk sambil menekan perut akibat
cuba menahan gelak. Adoilah mak aku... Entah apalah punya alasan. Kalau kasi
alasan yang logik sikit, aku bolehlah terima. Tapi, ini juga alasan yang emak
aku beri. Memang kalau hari-hari macam ni, boleh miring kepala otak aku.
Kerana kesiankan mak, akhirnya aku mengalah juga.
Perlahan-lahan, aku keluar dari bilik. Teringin juga mahu melihat bagaimana
rupa si dia yang meminangku.
“Hah, dah keluar pun anak dara acik ni.” Mak bersuara
dan serentak itu jugalah si dia turut sama memandang ku.
Mataku sudah bulat apabila memandang wajahnya. “Kau?!”
AKU sudah memegang kepala yang sudah terasa pening. Bila-bila masa saja
aku boleh pengsan dekat sini. Tolonglah... Kenapa harus mamat ini juga yang
meminangku? Huwargh... Serasa mahu
menjerit saja aku di sini, tanda betul-betul tidak dapat menerima semua ini!
“Iman, aku tau kau terkejut. Tapi, aku serius nak memperisterikan
kau.” Dia aka Rieyzal merangkap ex-boyfriendku
dulu bersuara.
“Kau dah gila hape?
Siapa yang nak bersuamikan orang yang selekeh macam kau ni?” jeritku kuat.
Bukannya sengaja, namun ia terkeluar secara spontan dari mulutku. Nasiblah
kalau terasa.
“Aku sedar, aku ni tak adalah handsome mana. Tak layak nak bergandingan dengan perempuan secantik
kau...” Suaranya sudah bertukar menjadi lirih.
Aku terasa lidahku kelu. Tak tahu nak balas apa. Aku masih
lagi terkejut dengan berita peminangannya.
“Iman, sudi tak kalau kau jadi isteri aku? Aku janji,
aku akan jaga kau dengan baik. Aku tak akan sia-siakan kau. Percayalah,”
yakinnya.
Namun, aku menggelengkan kepala. Cukup untuk mematikan
semangatnya.
“Rieyzal, kalau dulu dengan begitu mudah kau meminta
putus daripada aku, masa kita kahwin apatah lagi! Mana tahu kalau kau dengan
begitu senangnya menceraikan aku?” Aku membalas dengan nada sinis. Sengaja
sebenarnya, sebab ini sajalah satu-satunya alasan untuk aku menolak
pinangannya.
“Dulu tu lain, Iman. Sekarang ni aku dah dapat berfikir
secara matang. Insya-Allah, aku tak akan lukakan kau lagi. Aku akan terima kau seadanya,”
ujar dia dengan bersungguh-sungguh. Kelihatan amat berharap agar aku sudi
menjadi isterinya.
Aku pula mula rasa dunia ini hendak terbalik. Sekejap Dato’
Ghani yang terlebih gatal itu. Kali ini, aku terpaksa pula berhadapan dengan
bekas teman lelakiku ini. Dia orang ni, dah macam tak ada perempuan lain pula di
dunia ni. Apalah yang ada dekat aku? Memanglah aku ni termasuk dalam golongan
perempuan cantik (tolong jangan muntah), tapi aku rasa bukan aku seorang saja.
Ramai lagi bunga yang lagi cun-melecun dekat luar.
“Aku mintak maaf, Rieyzal. Aku tak dapat nak terima kau
sebab aku dah pun anggap kau sebagai kawan aku. Mungkin kita boleh berkawan
macam dulu?” Aku cuba mengukir senyuman manis walhal aku tahu itu bagaikan
senyuman yang plastik.
“Tapi, aku cintakan kau Iman. Tindakan bodoh aku dulu tu
memakan diri aku sendiri. Aku menyesal, Iman. Aku menyesal... Please, bagi aku peluang untuk
memperbaiki diri aku,” ujar Rieyzal lagi.
Kali ini, dia cuba memegang tanganku namun aku pantas
mengelak. Tidak rela diri dipegang orang yang bukan mahramku.
“Aku cakap, aku tak nak tu tak naklah! Kenapa susah
sangat nak faham cakap aku ni?” Rasa nak mengamuk pun ada juga.
Sudah berkali-kali aku tolak, tapi dia nak juga memaksa
aku. Tension aku tau tak! Entah bagaimanalah aku hendak meyakinkan si Rieyzal
ni, aku pun sudah naik fed-up.
“Kenapa Iman? Kenapa kau tak nak cinta aku? Kau patut
bertuah tau sebab aku sanggup hantar rombongan meminang untuk kau. Kalau bukan
aku, sudah tentu kau akan jadi andartu nanti.”
Kata-katanya itu benar-benar membuatkan aku rasa
tercabar. Oh, dia ingat, aku ini tak ada orang nak ke?
“Woi, mangkuk! Kau ingat aku ni tak laku ke? Kau ingat
aku ni tak ada boyfriend? Huh, silap besarlah.
Untuk pengetahuan kau, boyfriend aku
tulah yang akan hantar rombongan meminang untuk aku!” Aku balas sambil mengetap
bibir.
Hmm... Agaknya aku memang orang yang suka cakap main lepas.
Tapi siapa suruh dia kata kalau tak ada dia yang hantar rombongan meminang aku,
aku akan jadi andartu? Melampau sungguh statement
tu. Aku yakin dengan jodoh yang Allah berikan. Tak hari ni, mana tahu minggu ni
ke, tahun depan ke datang jodoh aku? Kita sebagai manusia mana tahu perancangan
Allah. Tup-tup, esok lusa dah sampai!
Rieyzal sudah pun tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.
“Aku nak jumpa dengan dia!”
Aku sudah terasa lidahku kelu. Siot! Kenapa semua orang tak percaya cakap aku? Muka aku ni ada
tertulis yang aku tengah menipu ke? Mana taknya, bini-bini bos miang itu pun
mahu berjumpa dengan boyfriendku. Kali
ini... Lelaki ni pula?! Aduh, kalau hari-hari macam ini, boleh jadi gila kepala
otak aku!
“Kau... kau tak percaya?” soalku dengan berani. Matanya
aku tentang dengan tajam bagaikan pedang.
“Sebab aku tak percayalah, aku nak jumpa dengan teman
lelaki kau Kenapa? Kau takut ke sebab kau tengah cakap tipu sekarang?”
Rieyzal seolah-olah mahu menyindirku, buat aku rasa mahu
bagi dia penyepak. Perasan bagus! Menyampah aku dibuatnya.
“Okey! Kau ingat, aku takut sangatlah? Aku akan
tunjukkan dekat kau yang aku memang ada boyfriend!”
Serentak itu, aku terus masuk ke dalam rumah bersama rengusan yang kasar.
Aku akan buktikan
dekat kau, Rieyzal. Wafiyyah Iman ni masih ada yang mahu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan