Bab 10
PAGI itu aku bersiap seperti biasa. Baju kurung polka dot menjadi
pilihanku pada hari ini. Fesyen polka dot dari dulu lagi sudah terkenal. Tapi
tak tahu kenapa baru kini fesyen polka dot menjadi kegemaran orang pada zaman
sekarang.
“Amboi, berserinya! Nak jumpa tunang tersayang ke?”
Alina yang datang menjengukku bersuara.
“Hei, sejak bila aku ada tunang ni?” soalku bersama kerutan
di dahi. Sempat juga aku tempekkan bedak ke pipiku.
“Sejak Encik Irsyad muncul dalam hidup kaulah.” Alina
membalas selamba.
Pantas aku menolehkan kepala lalu memandang tajam ke
arahnya.
“Apa? Aku salah cakap ke?” soal Alina bersama muka tak
bersalah dia.
“Buat pengetahuan Cik Alina Mohd Firdaus ya, dia tak ada
kena-mengena pun dengan aku. So,
jangan babitkan hal dia dengan aku. Lagipun, aku anggap dia tu kawan business aje. Tak lebih daripada tu,”
ujarku bersama gelengan yang berulang kali.
“Seriously? Like seriously?” Alina buat muka tak
percaya.
“Like seriously
kepala lutut kau. Malas aku nak layan kau.” Aku menjeling sambil menuju ke
dapur. Sekarang memang tak sempat nak sarapan, jadi dapat minum air sajalah.
“Kau anggap Encik Irsyad tu macam kawan? Biar betik!”
“Betik kat sini tak ada.”
“Habis tu? Kalau tak ada betik, nak pakai apa?” soal
Alina lurus.
“Biar tembikai!”
“Hahaha. So funny.”
Alina gelak sepatah-sepatah sambil buat muka sarkastik.
Siot betul! Alina ni memang nak kena! Dilayan hambar lawak aku yang
memang hambar ni. Argh, lantaklah, tak kacau hidup dia pun, fikir aku seraya
membasuh cawan yang aku guna tadi di dalam singki.
“Just shut up.
Dah, jom. Nanti kita terlewat, bos miang tu membebel-bebel pulak. Kalau aku, confirm selamat. Kalau kau? Hmm... entahlah.
Agaknya gantung kerja sebulan kut!” Serentak itu aku sudah ketawa
terkekek-kekek.
“Kerek betul minah ni. Kau memang nak kena pelangkung
dengan kuali ke?” Alina menyoal aku geram.
Hmm... Aku suka bila tengok Alina marah. Hidung comel dia
akan terkembang kempis menahan marah. Pipi dia pula akan menjadi merah, ori
macam pakai blusher. Tanpa
mempedulikan amarah Alina, aku terus menuju ke luar apartmen dengan membawa beg
kerjaku sekali. Bila aku berpaling untuk mengunci pintu, aku tengok Alina masih
berdiri tegak di ruang tamu. Ceh, nak protes akulah tu!
“Lambat, tinggal,” ujarku selamba.
“Aku kisah apa?”
“Aku cakap serius ni. Dalam kiraan tiga, kalau kau tak
datang, aku kunci pintu ni sampai petang.” Aku sudah mengeluarkan ugutan. Ceh,
ni mesti sebab pengaruh Irsyad ni. “Satu...”
“Kau ingat aku tak boleh bukak sendiri pintu tu?”
Aku sudah mengukir senyuman apabila mendengar soalannya.
“Aku ada kunci mangga lain.”
Mata Alina sudah terbeliak. Lantas, dia terus berlari
menuju ke arahku. “Kejam gila kau ni.”
“Kejam ke, tak kejam ke, aku kisah apa? Kau yang suka
membuang masa aku.” Aku balas tanpa perasaan.
Alina hanya ketap bibir dia. Laju saja tangannya menepuk
bahuku.
“Adoi, sakitlah!”
“Padan muka.” Dan Alina terus berlari meninggalkan aku.
Ceh, aku cuma geleng kepala. Memang Alina dah besar
panjang, tapi perangai dia... sangatlah mengalahkan budak-budak!
BEG kerja kuletakkan di atas meja. Kemudian, aku duduk di atas kerusi.
Bersiap sedia untuk melakukan kerja yang sudah pastinya berlambak.
Seketika kemudian, tanganku mula laju membuka komputer riba.
Segala laporan yang belum aku print
aku semak betul-betul untuk memastikan tiada kesalahan walau sedikit pun. Puas
sudah, tanganku mula gatal membuka laman web Facebook. Alah, apa susah? Kalau Dato’
Ghani datang, pandai-pandailah cover.
Selepas memasukkan e-mel dan kata laluan, aku terus
mengarah kursor ke butang log in.
Mataku terbeliak sekejap. Huiii... Bukan main banyak orang yang request nak kawan dengan aku. Hmm, adalah
dalam 50 orang. Almaklumlah, aku dah lama tak bukak Facebook. Mungkin dalam
sebulan yang lepas.
Pantas aku melihat siapa yang mahu menjadi kawan aku.
Aku ini sebenarnya jenis yang main accept
saja. Tak kisahlah bapa orang, suami orang, semua aku main terima. Alasan aku?
Heh, aku mana ada masa nak cek satu per satu status orang yang add aku. Buang masa!
Tiba pada satu nama ini, aku terhenti sekejap. Pandangan
mataku difokuskan dalam-dalam pada nama tersebut. Muhammad Irsyad? Erk! Jangan
cakap dia pemilik syarikat Garuda Holdings tu! Pantas tangan aku menekan profil
lelaki itu.
Sah! Memang terang-terangan tertulis dekat wall profile dia bahawa dialah pemilik
syarikat yang gah itu.
“Hai, Iman. Stalk
profile I ke?”
Suara garau kedengaran di telingaku. Pantas aku
berpaling. Namun, aku terkejut beruk kerana jarak muka aku dengan dia terlalu dekat.
“Arghhh!”
Dalam aku kalut nak menjauhkan diri daripada dia, aku terjatuh dari atas
kerusi.
“Erk! You tak apa-apa ke Iman?” soalnya gelabah. “Sorry sebab terkejutkan you.”
Hesy... Mamat ni suka betullah terperanjatkan aku. Nasib
aku tak ada penyakit jantung tau. Lelaki itu sudah pun menghulurkan tangannya,
tapi aku tak sambut. Aku bangun sendiri sebab mana boleh aku sambut tangan
lelaki yang bukan ajnabi aku.
“Are you okay?”
soalnya lembut.
Aku ketap bibir perlahan. “Sa... saya okey.”
Lelaki itu hanya menghelakan nafas lega. “Good then. Kenapa you terkejut sangat
ni? Takut kantoi stalk my profile,
eh?”
Wajahku terasa membahang. “Siapa yang nak stalk profile awak?”
“Tadi tu?” Dia kembali menyoalku bersama senyuman yang
tidak dapat kutafsirkan.
“Err... Yang tadi tu, saya cuma nak pastikan yang itu
awak punya Facebook. Tak bawak apa-apa maksud okey.” Laju aku menjawab.
Lelaki itu kulihat hanya mengangkat bahu tanda dia tak
kisah. “So, you dah acceptlah my request?”
“Err... Belum.” Sebenarnya dah. Tapi aku sengaja tak nak
cakap.
“Hmm, make sure
you accept my request okay,” ujarnya kemudian.
Aku hanya menganggukkan kepala.
“Awak buat apa dekat sini?” Aku tukar topik lain untuk
berbual.
“Nak jumpa youlah. Rasa macam dah bertahun-tahun tak
jumpa you,” ucapnya bersama senyuman manis.
Haih, mamat ni memang suka buat lawak. Yalah, baru
semalam kut kami berjumpa. Akhirnya, aku senyum saja. Kalau aku balas, ada juga
yang makan hati dengan aku. Mulut aku kalau lepas, memang boleh makan dalam
juga.
“Hmm, okeylah. Saya nak pergi print out laporan saya.”
“Okey. Err... Iman,” panggilnya.
“Yes?”
“Boleh tak tolong buat kopi yang hari tu? Kopi yang you
buat hari tu sedaplah.”
Aku terkelu seketika apabila mendengar permintaannya.
Tetapi, sebenarnya aku bangga juga bila Irsyad memuji kopi yang aku buat.
“Okay. On the way,” ucapku sambil tersenyum.
“Thanks, dear.”
Serentak itu, dia terus beredar.
Dear? Adakah lelaki itu menyebut perkataan dear? Tak silap aku, dear
tu maksudnya sayang. Jadi, bermakna lelaki itu sayangkan akulah? Erk! Iman,
Iman... Kau ni suka betul syok sendiri. Entah-entah dia panggil aku rusa,
manalah tahu, kan? Ah, malas lagi mahu memikirkan hal itu, aku terus menuju ke pantri
untuk membuatkan kopi untuknya.
“HOI! Termenung aje kerja. Kau nak makan ke tak nak ni? Kalau kau tak
nak, baik kau bagi aku.”
Suara Alina yang kuat mengalahkan guruh itu mematikan
lamunanku. Ketika itu, aku dan Alina sedang makan tengah hari di Restoran
Selasih.
“Banyak cantik muka kau.” Aku balas sambil mencebik.
“Hohoho. Muka aku memang banyak cantik. Kenapa? Jealous?” soal Alina dengan nada kerek.
Aku menjulingkan mata ke atas. Sungguhlah minah ni poyo!
“Eh, kau dah cakap dekat bos miang tu ke belum yang kau
dengan Encik Irsyad tak ada ikatan langsung?”
Soalan itu membuatkan aku termenung seketika. Aduhai... Ya
tak ya jugalah. Bila aku nak cakap tentang hal tu ya? Mungkin kerana kerjaku
yang menimbun, membuatkan aku terlupa tentang hal itu. “Hmm... Aku rasa, hari
ni kut.”
“Seriously?”
soal Alina tidak percaya.
Aku pantas menjeling Alina.
“What?”
Terpinga-pinga Alina bila aku pandang tajam ke arahnya.
Aduhai, mana taknya. Dari hari tu lagi, tak habis-habis
dengan seriously dia tu. Mula-mula tu
memanglah tak rasa apa-apa, tapi makin rasa macam nak tampar saja mulut tu.
Rasa sakit saja telinga ni dengar. Tambah pula dengan suara gedik dia, lagilah
rasa nak bagi penumbuk.
“Tak ada apa-apalah, Cik Alina. Ya, seriously hari ni.” Aku tekankan perkataan seriously tu kuat-kuat. Kalau terasa, nasiblah.
LEWAT pukul 6.00 petang, aku masih lagi gelisah di tempat duduk. Sesekali
mataku mengerling ke arah bilik bos miang itu. Lampu masih menyala, menandakan Dato’
Ghani masih belum balik. Staf-staf yang lain pula kelihatan sudah mengemas
barang, mahu balik ke rumah barangkali.
“Iman, kau tak nak balik ke?” tegur Alina.
Aku hanya menggelengkan kepala. “Err... Kau baliklah
dulu.”
“Okey. Malam ni giliran aku masak, kan? Kau nak aku
masak apa?” soal Alina.
“Hmm, ayam masak samballah. Nanti buat ulam sikit tau.”
Alina sudah menganggukkan kepalanya. “Okey. Aku balik
dulu eh. Hati-hati.”
Aku hanya tersenyum mendengar pesanannya. Setelah memastikan
kelibat Alina hilang, aku terus menyandarkan tubuh ke kerusi. Baru sahaja aku
ingin memejamkan mata, aku sudah terasa bahawa ada orang sedang berdiri tegak
di hadapanku. Pantas aku membuka mata.
“Kenapa awak tak balik lagi?” soal Dato’ Ghani.
Laju saja aku berdiri tegak di hadapannya. Tiba-tiba
terasa lain macam bila duduk berdua dengan Dato’ Ghani. “Err... Yang sebenarnya,
saya ada benda nak cakap dengan bos.”
“Apa dia?”
Sudah terasa peluh mengalir di tepi dahiku. Air liur
juga turut kutelan bagi menghilangkan rasa gementar. “Sa... Saya...”
Kening Dato’ Ghani terangkat tanda dia sudah tidak sabar
untuk mengetahui apa yang ingin kukatakan. “Cakaplah. Yang awak tergagap-gagap
ni kenapa?”
“Saya... saya sebenarnya belum bertunang.” Akhirnya,
ayat itu terkeluar juga. Tepat seperti yang kujangkakan, wajah Dato’ Ghani
berubah seratus peratus.
“Maksud awak?”
“Sa... saya tak ada apa-apa ikatan pun dengan Irsyad.
Dia bukan boyfriend saya,” ucapku
lagi.
“Maknanya, saya masih ada peluanglah untuk jadikan awak
isteri ketiga saya?”
“Hah?” Mulut aku sudah terlopong tanda aku betul-betul
terkejut dengan soalan Dato’ Ghani itu.
“Tunggu!” Seseorang menyampuk perbualanku dengan Dato’
Ghani.
Pantas aku berpaling untuk melihat siapakah gerangannya.
Seketika, mulut aku terlopong buat kali kedua. Irsyad?! “Awak buat apa dekat
sini?”
Soalanku tidak dijawab olehnya kerana dia tiba-tiba saja
menarik tubuhku dekat dengan tubuhnya.
“Dato’ tak boleh ambik dia sebagai isteri Dato’,”
ujarnya nekad.
Kening aku sudah berkerut. Hadoi... Apa yang tengah berlaku ni?
“Kenapa? Dia sendiri dah pun mengaku yang awak bukan
tunang dia, jadi awak tak ada hak jugalah,” balas bos miang itu selamba.
“Ya, saya mengaku saya tak ada hak dan saya mengaku saya
bukan tunang dia. Tapi pada minggu depan, saya akan hantar rombongan meminang
untuk dia. Dan saya akan jadikan Iman milik saya seorang!”
Hah?! Aku sudah terkejut besar apabila mendengarnya. Ya
Allah... Biar betul ni? Ni semua tipu! Cakaplah yang ini semua hanyalah mimpi
aku saja. Aku pantas memandang wajahnya. “Awak janganlah main-main, Irsyad...”
“No. I’m serious, Wafiyyah Iman. I’ll make you mine, forever!”
Waktu itu aku sudah tidak fikir apa dah. Apa yang aku
mahu fikir sekarang, aku mahu balik ke rumah dan menganggap perkara ini tidak
pernah berlaku kepada aku. Ya Allah... Tolonglah hamba-Mu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan