Bab 9
MATA Rieyzal tajam memandang Irsyad dari jauh. Irsyad yang sedang
bersandar pada keretanya itu hanya memakai T-shirt
dan seluar jean. Sengaja dia pakai cermin mata hitam, biar Rieyzal tidak dapat
lihat dengan jelas wajahnya yang kacak itu.
“Sekarang, kau dah percaya cakap aku?” soalku dengan
nada angkuh. Sengaja!
“Aku rasa aku kenal dia,” ujar Rieyzal tiba-tiba dengan
nada perlahan sambil mata tetap merenung ke arah Irsyad.
Eh, Irsyad dah pakai cermin mata pun mamat ni boleh cam?
Bagus betul penglihatan dia ni ya. Walau dalam gelap-gelap macam tu pun boleh
nampak. Dahsyat, dahsyat! “Siapa?”
“Dia pemilik Garuda Holdings, kan? Muka dia selalu
muncul dalam majalah,” ujarnya lagi sambil mengurut-urut dagu.
“Jadi?” Aku soal dengan nada kerek.
“Jadi... mustahillah dia tu boyfriend kau. Mana mungkin lelaki yang hebat macam dia suka dekat
minah sengal macam kau.” Rieyzal kutuk aku kaw-kaw.
“Oi! Suka hati kau aje kutuk aku eh! Dah tau aku ni
sengal, aku rasa tak perlulah kut nak pergi meminang aku!” Aku rasa muka aku
dah merah sebab aku geram sangat-sangat dengan dia.
Tengok! Belum kahwin lagi, dah kata aku macam-macam.
Kalau dah kahwin? Habislah aku nak kena hadapi mulut laser Rieyzal ni setiap hari.
“Kalau macam tu, panggil dia. Aku nak dia cakap kau
bakal tunang dia dan akan berkahwin dengan kau tak lama lagi.”
“Wei! Gila tak aci. Masa kau telefon aku, tak ada pun
kau suruh aku cakap macam ni bagai. Apa kau fikir, bagus sangatlah?” hamburku
geram.
“Yalah... Itu sebelum aku nampak mamat tu. Takkanlah
pulak lelaki idaman perempuan-perempuan lain kau jugak yang dapat? Ini tak
adil, okey. Kesianlah dekat perempuan-perempuan dekat luar tu. Kau kahwin
dengan aku pun cukuplah. Aku boleh sara hidup kau, aku jamin!” yakin Rieyzal.
“Banyak handsome
muka kau? Mati hidup semula aku tak nak! Dahlah, aku nak blah. Aku tak nak jumpa kau buat selama-lamanya. Jangan sesekali
kau muncul dekat depan aku. Kalau tak, aku tak tahu apa akan jadi dekat kau. Ingat
tu!”
Ambik kau. Kan dah tercakap kasar. Siapa suruh kerek
sangat dengan aku?
“Ah, aku tak kira. Aku akan dapatkan kau jugak, Iman!
Kau tetap akan jadi milik aku!” Suara Rieyzal kedengaran nekad.
Aduhai... Aku dah mula rasa seram. Malas aku mahu
membalas kata-katanya itu, aku terus beredar dari situ.
“Dia cakap apa?” soal Irsyad sebaik sahaja aku
mendekatinya.
“Err... Nanti kita cakap pasal ni. Yang penting, kita kena
pergi dari sini cepat-cepat.” Aku terus masuk ke dalam kereta BMW X3 itu.
Dia turut sama masuk, walaupun mungkin masih banyak persoalan
dalam kepalanya.
“Dia cakap apa, Iman?” Irsyad mengulang kembali soalan
dengan mata fokus terhadap jalan raya.
“Walau saya dah cakap yang awak boyfriend saya, dia tetap nak jugak dapatkan saya. Adoilah... Saya
nak buat apa ni?” Aku dah pening kepala memikirkan tentang hal itu. Nak kata
aku ni cantik, memanglah tahap Miss World (muntahlah, dah tak kisah dah). Tapi ada
juga yang lagi cantik banding aku. Haih!
Aku lihat, kening dia sudah berkerut-kerut. Mungkin
tidak berpuas hati dengan Rieyzal. Yalah, banyak lagi bunga di luar sana, aku
juga yang dicarinya. Adoilah... Silap hari bulan, bukan aku yang bagi penumbuk
dekat si Rieyzal tu, tetapi Irsyad yang bagi!
“Kenapa dia tu? Ada masalah susah nak faham, eh?”
Nadanya kedengaran marah saja.
“Err... Entah!” Aku jawab sambil angkat bahu. “Saya pun
tak tahu macam mana nak tolak dia tu. Tak faham-faham bahasa.”
“Senang cerita, bunuh ajelah dia tu. Menyusahkan hidup
you aje.”
“Hah?!” Mulut aku dah terlopong. Adoilah... Mamat ni pun
satu. Janganlah peningkan kepala aku dengan cadangan gila macam tu. Boleh biul
kepala otak aku ni tau tak.
“Tak pun, you kahwin ajelah dengan I. Mungkin dia tak
percaya kut you dapat boyfriend yang
hebat macam I.” Senyuman nipis sudah terukir di bibirnya.
“Oh, really?” Aku mengangkat kening tinggi.
Ceh, perasan hebatlah pula mamat ni!
“Yup,”
jawabnya bersama senyuman yang melebar. “You nak ke tak nak ni kahwin dengan I?
Lagipun, I masih single ni.”
Erk! Bergurau ke hape
mamat ni? Belum sempat aku ingin membalas, telefon bimbit aku berbunyi
menandakan ada mesej masuk. Pantas aku melihat mesej yang dihantar.
Kau milik aku Iman! Kau boleh lari, tapi aku akan kejar kau
sampai dapat!
Serta-merta aku terasa bulu romaku menegak. Bagaikan terasa
setiap pergerakanku diperhatikan oleh Rieyzal.
“Siapa?” Suara Irsyad mematikan lamunanku.
“Mamat yang susah nak faham tulah,” jawabku sambil
mengetap bibir.
“Dia cakap apa?”
“Entah! Dia merapu-rapu lagi. Cakap yang saya ni
kononnya milik dia. Dia kata, saya boleh lari tapi dia akan kejar saya sampai
dapat.”
“Gila ke apa dia tu?” Sudah terdengar Irsyad mendengus.
Serentak itu, tangannya pantas menghentak stereng kereta kuat.
Oh, mak kau! Aku dah terperanjat bila dia main ketuk
stereng macam itu. Hoi, terperanjat aku tau. Nasib baik aku tak ada penyakit
jantung, kalau tidak... Memang sudah lama aku ‘jalan’.
“Err... Awak okey?” soalku dengan takut-takut.
Aku nampak dia menggelengkan kepalanya perlahan. “I’m sorry. I buat you takut ke?”
“Eh, tak adalah. Saya tak takut pun. Saya takut dengan
Allah aje.” Sengaja aku nak bergurau senda dengan dia. Mana tahu mood dia terus jadi baik ke.
“You ni Iman... I tengah serius, you boleh pulak
main-main.”
Ayoyooo... Aku pula yang dimarahnya. Apa kehenya mamat ni? Sejak bila pula aku main-main? Lagipun, betullah
aku takutkan Allah, bukannya takut dengan dia. Terus aku diam membisu. Tak
berkata sepatah apa pun.
“Iman, I’m sorry again if I hurt your feelings.
Fikiran I tengah bercelaru sekarang,” katanya dengan riak muka yang serba salah.
Mungkin perasan yang aku senyap sebab dia.
“Kenapa?” soalku.
“I tak nak you kahwin dengan Rieyzal, Dato’ Ghani yang
gatal tu atau sesiapa sahaja. You tak boleh kahwin dengan dia orang!”
Erk! Apa kena dengan mamat ni? Tak kisahlah aku nak
kahwin dengan siapa-siapa pun, kan? Lagipun, aku bukannya siapa-siapa pun kepada
Irsyad. Haih, musykil pula aku dibuatnya. “Kenapa pulak?”
“Sebab... Sebab you...” Dia menggantungkan jawapan,
membuatkan aku lagi tertanya-tanya.
“Sebab apa?” desakku.
“Err... Sebab you bukan milik dia oranglah.”
Kening aku sudah berkerut. Aduhai Encik Irsyad, benda
apa yang kau tengah merapu sekarang ni?
“Sekejap...” Baru sahaja aku ingin menanyakan soalan,
keretanya sudah sampai di depan apartmentku.
“Dah sampai.”
“Wait. Awak
belum jawab soalan saya lagi.”
“Shhh... Tadi you kata nak cepat sampai rumah, kan? Hah,
sekarang dah sampai dah pun.”
Aku mengerutkan dahi. Serius aku tak puas hati dengan dia.
“You tak nak keluar ke? Kalau tak, I bawak aje you ke
rumah I.” Lelaki itu bercakap selamba.
Aku tahu itu adalah salah satu taktik nak mengelak
daripada menjawab soalan aku, tapi aku tak tahu kenapa jantung aku tetap
bergetar hebat. Habis darah merah menyerbu ke seluruh mukaku. Siot! Awatlah dia cakap macam tu?
Tengok, muka aku pun dah rasa membahang dah ni. Sebelum apa-apa jadi,
cepat-cepat aku keluar dari keretanya.
“Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya.”
“Tak perlu ucap terima kasih sebab I sampai bila-bila
pun sudi tumpangkan you.”
Amboi, jiwangnya ayat. Aku hanya tersengih. “Oh ya,
terima kasih jugak sebab rela jadi boyfriend
palsu saya sekali lagi.”
“Hmm, sama-sama. Kalau you nak I jadi suami you pun
boleh juga.”
Aku sudah tergelak kuat mendengar kata-katanya. Sebelum
dia merapu-rapu, lebih baik aku blah
cepat dari situ. “Err... Okeylah, saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
Pantas aku menuju ke lif. Dari jauh, dapat kulihat
bahawa dia sedang perhatikan aku. Mungkin dia mahu mengawasi keselamatanku. Hmm,
manalah tahu kalau kut-kut ada orang nak culik aku. Huhuhu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan