Majlis
merisik dan bertunang akhirnya selamat berlangsung. Majlis yang diadakan
sememangnya cukup ringkas. Hanya ada keluarga Ika yang datang sebagai wakil
daripada pihak Karl. Seperti yang mereka bincang, majlis kahwin akan
berlangsung dalam masa lebih kurang tiga minggu lagi. Makin kelam-kabutlah Mak
Jemah nak uruskan hal kahwin anak tunggalnya itu.
“Jodoh ni memang kita
susah nak jangka, kan? Bertahun kau bercinta dengan Idham tu, lastnya dengan Abang Karl jugak kau nak
kahwin.”
“Tulah pasal. Baru
minggu lepas aku jumpa abang sepupu kau tu. Tup-tup, pagi tadi dia dah jadi
tunang aku. Macam pelik aje. Macam pelik aje,” ujar Wafa dengan muka sengalnya.
Wafa menyisip
sedikit air yang masih bersisa di dalam muk. Dia bersandar malas di sofa empuk
itu. Malam ini dia nak rehat di rumah saja. Penat kerana seharian ini menguruskan
majlis yang berlangsung siang tadi. Petang tadi pun elok saja sampai ke Shah
Alam, terus dia terbongkang tidur. Nak dekat maghrib baru dia bangun. Teruk
betul perangai!
“Abang sepupu kau tu
okey ke orangnya, Ka?”
Ika kerutkan kening.
“Apasal kau tanya? Kau nampak dia tak okey ke?”
“Tak adalah. Aku
baru aje kenal dia dalam seminggu ni. Itu pun banyak lagi yang aku tak tahu
pasal dia. Kau bagi tahulah aku apa-apa yang kau tahu pasal dia.”
Ika buat muka.
Konon-konon tengah fikirkan jawapan pada soalan teman baiknya itu.
“Emmm, apa yang kau
patut tahu pasal Abang Karl tu, eh? Okey, dia tu control freak sikit. Suka arah-arah orang ikut cakap dia. Mendesak.
Dan, dia akan keluarkan perangai sengal-sengal dia dengan orang yang dia suka.
Tapi, kau jangan risaulah. Dia tu sebenarnya loving, caring... Dia
okey ajelah.”
Kepala Wafa
terangguk-angguk mendengar apa yang Ika katakan. Tapi, sepanjang seminggu dia
kenal Karl, memang dia nampak semua itu. Lelaki itu memang sengal. Jadi, itu
bermakna lelaki itu suka dia ke? Mustahillah!
“Weh, Ka. Aku
tiba-tiba rasa macam takutlah pulak nak kahwin dengan abang sepupu kau tu.”
“Hah, nak takut apa
bendanya? Dia bukannya makan orang pun. Makan nasi macam kita jugak. Kalau
Abang Karl tu makan orang, bukan kau aje, dengan aku-aku pun takut. Hahaha!”
Wafa menjeling Ika
tajam. Orang tanya betul-betul, dia buat lawak pula!
Ika tayang gigi.
Tersengih.
Wafa julingkan mata
ke atas. Heh, malas dah dia nak cakap dengan Ika. Tak sah kalau tak ke laut
perbualan mereka. Dia fokuskan mata dekat rancangan yang tersiar di TV. Baru
saja nak bersenang-lenang, iPhonenya pula berbunyi. Bila dia tengok nama pada skrin,
terus hatinya berdebar-debar. Alahai, encik tunang telefon pula!
“Helo?” ucapnya
lepas talian bersambung.
“Keluar kejap. Aku
ada dekat luar ni.”
Wafa pelik mendengar
ayat lelaki itu. “Nak keluar ke mana?”
“Kau jangan nak
sengal sangat boleh tak? Keluar rumahlah. Cepat, aku tunggu ni.”
“Eh, awak ada dekat
sini ke?” Mata Wafa terus membulat. Macam tak percaya.
“Ya, Cik Wafa
Adlina! Aku ada dekat depan rumah kau ni. Boleh tak kau keluar sekarang? Haih,
apa yang payah sangat nak faham kau ni. Cepat!”
“Eee, sabarlah!
Kejap, saya keluar.” Wafa matikan talian. Hati dah mula membebel-bebel. Karl ni
kan, memang suka tau desak-desak orang. Tak reti bersabar langsung!
“Eh, kau nak pergi
mana, Fa? Nak tidur dah ke?” soal Ika bila nampak Wafa dah bangun dari sofa.
“Nak keluar kejap.
Tu, abang sepupu kau dah terpacak dekat depan rumah kita tu, hah.”
“Alah, dia nak jumpa
dengan tunang dia yang tersayang nilah,” sakat Ika dengan muka minta penampar.
Grrr!
“Tersayanglah
sangat!” balas Wafa endah tak endah. Terus menuju ke pintu untuk keluar rumah
berjumpa dengan tunang tercinta. Ah, tercintalah sangat, kan!
WAFA lihat Karl tengah
bersandar pada Audi hitam milik lelaki itu. Siap berpeluk tubuh lagi. Amboi!
Mata lelaki itu tak lepas daripada merenung dia sepanjang dia berjalan.
Haih, makin dup dap pula jantungnya ini. Tadi semasa bertunang, lelaki itu tak
ikut sekali. Inilah baru kali pertama mereka berjumpa sebagai pasangan tunang.
“Kenapa awak nak jumpa saya malam-malam ni?” tanyanya bila dia dah
berdiri di depan lelaki itu.
Karl perhatikan tunangnya itu. Alahai... comelnya dengan seluar tidur
gambar Pooh begitu. Jadi geram pula dia. “Saja. Tak boleh ke aku nak jumpa
tunang aku sendiri?”
Wafa buat muka biasa. Malas nak berlawan cakap dengan Karl. “Boleh aje.”
“Meh, aku nak tengok tangan kau kejap.”
“Eh, nak buat apa pulak tengok tangan saya?”
“Banyak cakaplah kau ni. Tunjuk ajelah. Cepat!” Karl pandang tajam muka
Wafa.
Kadang-kadang dia rasa macam nak picit-picit saja pipi tunangnya itu.
Geram! Suka buat dia ulang semula apa yang dia dah cakap. Wafa ingat kerja dia duk
ulang suara saja ke apa?
Wafa mula rasa tak puas hati. Dengan hati yang tak rela, dia hulurkan
tangan kepada Karl. Nah! Nak tengok sangat, kan?!
“Emmm, nasib baik muat dekat jari kau. Suka tak cincin tunang tu?”
Wafa macam tak percaya dengan soalan itu. Perempuan mana yang tak suka
kalau diberi cincin berlian seperti yang dia tengah pakai ini? Gila tak suka?
Mestilah suka!
“Suka,” jawab Wafa. Biasa-biasa saja. Tak mahu tunjukkan yang dia
sebenarnya rasa teruja dengan cincin itu.
“Cantik tak?”
“Ya, cantik. Terima kasihlah. Tapi, yang awak bagi cincin lagi dekat saya
buat apa? Hari tu kan awak dah bagi?”
“Cincin hari tu aku saja aje bagi. Yang ni cincin tunang. Cincin rasmi
kau jadi milik aku. Jangan gatal nak tanggalkan ya!”
Wafa tenung semula cincin tunang yang tersarung pada jari manisnya itu.
Haih, baru kenal seminggu dengan Karl, dia dah dapat dua bentuk cincin berlian.
Inilah dia orang kaya. Duit sampai dah tahu nak buat apa. Duk beli saja apa
yang dia orang nak beli.
Karl tersenyum sikit bila nampak Wafa buat muka menyampah. Tak puas hati
dengan dialah tu! “Ika ada send gambar
kau dekat WhatsApp pagi tadi. Emmm, cantik...”
Wafa tersipu malu. Rasanya dia dah buka telinga dia luas-luas. Jadi, memang
tak salah lagi yang Karl cakap dia cantik, kan? Kan, kan, kan?
“Pakai mekap memanglah cantik. Cuba tak pakai mekap macam ni, hah. Tak
cantik, kan?” Sengaja Wafa menduga.
“Cantik jugak. Lagi cantik yang natural macam ni,” puji Karl, perlahan.
Muka Wafa tanpa sebarang solekan itu dia pandang lama. Ya, memang cantik.
Cantik sangat! Okey, dah berapa kali dia cakap cantik?
Wafa pegang kedua-dua belah pipinya. Mukanya mula terasa membahang panas.
Dia malu! Habis semua darah serbu naik ke muka. Karl puji dia cantik? Alah,
sayang...
“Dah, tak payah nak perasan sangat,” ucap Karl tiba-tiba. Macam tak ada
perasaan saja bunyi suaranya.
Erk! Hilang terus perasaan bahagia lepas kena puji cantik tadi. Kini, bengkek pula Wafa rasa. Nak berangan sekejap
pun tak boleh. Eee!
“Kau dengar tak aku cakap ni?”
“Eee, ya. Saya dengarlah!”
Karl mula berdiri tegak. Kemudian, kepala Wafa dia usap manja.
“Good. Dah, aku nak balik ni.
Kau pergi masuk. Sleep well, okay? Night, sayang...” ucap
Karl manis, penuh lemak berkrim. Siap senyum senget lagi. Menggoda!
Tubuh Wafa jadi kaku tiba-tiba. Karl yang dah selamat masuk ke dalam
kereta dan berlalu pergi itu hanya mampu dia pandang dengan mata tak berkelip.
Apa yang Karl buat tadi, dah cukup untuk timbulkan rasa lain dalam hatinya.
Karl usap kepalanya, ucap selamat malam kepadanya.
Tiba-tiba dia rasa satu perasaan yang dah beberapa bulan dia tak rasa. Dia
rasa... disayangi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan