Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Rabu, 11 Mei 2016

Encik Bos Cik PA - Bab 2

Bab 2
“JUN, pipi aku gatal. Tolong garu.”
Jun menghulurkan tangan ke arah pipi sepupunya itu.
Thank you.”
Jun kembali ralit melihat mak andam melukis inai di jari dan tapak tangan gadis itu. Dalam hati terdetik rasa hairan. Kenapalah mahu bersusah payah pakai semua itu? Bukan ke susah nak buat apa-apa nanti? Kalau gatal kena gigit nyamuk, boleh juga minta orang lain tolong garukan. Tapi, kalau dah sakit perut, siapa nak tolong basuhkan?
Jun menggeleng sendiri. Dia memandang sekeliling sebelum pandangan mata jatuh kepada sekumpulan pekerja yang sedang sibuk memasang pelamin di ruang tamu. Rasa macam nak runtuh rumah tersebut apabila barang-barang pelamin itu dibawa masuk ke dalam rumah petang tadi. Apalah yang dia orang ni duk membazir sangat? Buat simple-simple, sudahlah. Nanti aku kahwin, aku nak nikah kat masjid aje lepas tu terus pergi honeymoon. Selesai! Jun mengomel dalam hati.
“Jun?”
“Hmm.” Mata masih ralit melihat orang memasang pelamin di depan.
“Kau tak nak pakai ke?”
“Pakai apa?” Jun bertanya sambil menoleh, memandang sepupunya itu.
“Ni, tak nak pakai ke?”
Jun buat muka. “Tak naklah. Nanti aku berak, siapa nak cebok?”
“Hah?” Dila bertanya pelik. Gadis itu saling berbalas pandangan dengan mak andam.
Jun hanya tersengih.
“Eh, Abang Am.”
Spontan Jun menoleh.
“Abang kata tak balik?” Dila bertanya ketika lelaki itu berjalan ke arah mereka.
“Adik abang sorang kahwin, takkan abang tak balik. Eh, Jun pun ada.”
Jun senyum tawar apabila melihat sengih mengusik bermain di bibir lelaki itu. Itu macam dah nampak aura menyakat dah tu.
“Bila Jun sampai?” Amzal bertanya sambil duduk di sebelah Dila.
“Semalam. Abang baru sampai ke?”
“A’ah. Jun cuti sampai bila?”
“Kejap aje. Lusa balik dah kut.”
“Abang datang dengan siapa?” Dila bertanya ketika mata ralit memandang mak andam yang sedang mengukir inai di tangannya itu.
“Balik berdua.”
Jun menoleh. Kening terangkat sebelah.
Girlfriend?”
“Taklah. Boyfriend.” Selamba lelaki itu membalas.
Jun mencebik. Loyar buruk pula ya.
“Mana boyfriend abang tu? Teringin sangat Jun nak tengok.” Jun berkata separuh menyindir.
“Nak jumpa? Kejap.” Amzal memandang sekeliling seolah-olah mencari seseorang.
Jun membuat muka. Dah lama tak balik kampung, makin poyo pula abang sepupunya itu. “Dahlah abang. Tak payah nak poyo sangatlah. Macamlah Jun tak...”
“Ash! Sini.”Amzal melaung sambil mengangkat tangan.
Spontan Jun menoleh. Bulat mata ketika dia memandang lelaki bernama Ash itu.
“Wah, tu kawan abang ke?” Dila bertanya agak teruja.
Jun memandang lelaki itu tanpa berkelip. Mak ai.
“Jun, kut ya pun syok. Cover sikit boleh?”
Spontan Jun tersedar. Muka dah terasa merah padam apabila disakat begitu oleh Amzal. Jun menggigit bibir ketika lelaki itu semakin menghampiri mereka.
Dila hanya tersengih sambil mengangkat kening beberapa kali. Jun menjeling. Kepala ditunduk dan tangan laju bermain dengan telefon bimbit.
“Ash, ni adik aku, Dila. Bride to be.”
“Hai.” Dila menyapa sambil tersenyum.
“Hai.”
Jun menelan air liur berkali-kali apabila suara garau lelaki itu sampai di telinganya.
“Itu, sepupu aku. Junnah.”
Jun mengetap bibir. Dia menjeling Amzal di sebelah yang masih tersengih itu.
“Junnah?” Dahi lelaki itu berkerut sedikit.
Jun mengangkat kepala. Tajam mata merenung ke arah lelaki itu.
Jun. Call me Jun not Junnah.” Jun berkata agak geram sebelum berlalu dari situ. Sempat dia menghadiahkan jelingan maut kepada abang sepupunya itu.
“Jun, nak ke mana tu?” Suara Dila memanggilnya itu tidak diendahkan ketika kaki laju melangkah keluar dari rumah.
“Mak, Jun nak balik dulu.”
“Nak balik dah?”
Jun mengangguk sambil tayang muka simpati. “Mengantuk.”
“Yalah. Hati-hati jalan tu.”

JUN menggeliat perlahan sambil menahan kuap ketika mata dilemparkan ke sekeliling. Suasana pagi yang menenangkan. Sesekali telinga menangkap bunyi burung-burung yang berkicauan. Buat seketika, fikirannya menerawang. Hatinya agak tenang ketika itu. Alangkah bagusnya jika dia boleh menikmati rasa tenang seperti ini, buat selama-lamanya. Hmm.
“Jun!”
Jun membuka mata apabila telinga menangkap suara seseorang memanggil namanya.
“Jun!”
Jun menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum memandang ke bawah. Bulat matanya ketika memandang tuan punya suara yang memanggilnya tadi.
“Awal bangun, Jun? Mimpi apa malam tadi?” Amzal bertanya sambil tersengih.
Jun mengetap bibir ketika memandang tajam ke arah lelaki itu. Pipi dah terasa panas apabila Ash, kawan Amzal turut berada di situ. Mangkuk tingkat betul Abang Am ni! Nak malukan aku depan kawan dia ke apa?
“Jun memang selalu bangun awal pun. Abang Am tu, mimpi apa malam tadi sampai pagi-pagi macam ni dah terlepas ke sini?” Jun bertanya, memulangkan paku buah kerasnya kepada lelaki itu.
Amzal memandang teman di sebelahnya sebelum lelaki itu ketawa kecil. Wajah Jun dah terasa berbahang.
“Abang nak ke kebun. Bawa Ash jalan-jalan. Jun nak ikut?” Amzal bertanya sambil mengangkat keningnya.
Jun memutarkan bebola matanya ke atas. Itu tak ada lain nak mengenakan akulah tu. “Tak apalah, bang. Terima kasih ajelah. Jun banyak kerja nak buat.”
“Ya ke? Baguslah tu. Nanti balik tengah hari abang singgah makan ya. Dah lama tak rasa masakan Jun.”
Jun menggigit bibir ketika memandang lelaki itu yang sudah pun mengatur langkah menuju ke kebun. Bibir lelaki itu masih terukir dengan sengih mengusik. Jun membalasnya dengan jelingan maut, namun tertunduk apabila pandangannya bertembung dengan pandangan lelaki bernama Ash.
“Argh! Rasa macam nak hantuk kepala ke dinding aje.” Jun menggumam geram sebelum masuk ke dalam rumah sambil menghentak kaki tanda protes.
“Dah kamu kenapa jalan macam tu? Nak bagi rumah kita ni runtuh ke?” Puan Amina yang dari mana entah muncul itu menegur.
Jun hanya tersengih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan