Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Rabu, 11 Mei 2016

Encik Bos Cik PA - Bab 7

Bab 7
ASH mencampakkan beg bimbitnya di atas katil sebelum menarik tali leher yang terjerut di lehernya lalu dicampakkan di kepala kerusi. Kaki diatur menuju ke arah balkoni yang memang sengaja dibuka. Pandangan dibuang ke arah lampu-lampu yang menerangi bangunan pencakar langit di hadapannya itu. Sesekali udara malam menyapa tubuh sehingga terasa ke tulang hitam.
Dia melepaskan keluhan berat beberapa kali. Baru dua hari dia mengambil alih syarikat tersebut, sudah macam-macam masalah yang dia hadapi. Dia tak pernah menjangkakan yang syarikat itu mengalami masalah dalaman yang agak teruk.
Patutlah papa sibuk nak jual saja cawangan itu. Memang betul cakap papa, syarikat itu tak bagi keuntungan pun. Tapi, disebabkan dia rasa perlu untuk menjaga periuk nasi 157 orang pekerja di situ, dia minta papa pindahkan dia ke cawangan tersebut. Dia yakin dia mampu buat sesuatu untuk menyelamatkan syarikat itu, tapi bukan semudah yang dia sangka.
Brrr! Ash menyeluk poket seluar sebelum telefon bimbit yang berbunyi itu dikeluarkan. Kening terangkat sebelah apabila melihat nama si pemanggil. Butang hijau disentuh sebelum dibawa ke telinga.
“Helo.” Dia memulakan bicara.
“Apa cerita, bro? Senyap aje dua hari ni?” Suara Amzal sayup-sayup kedengaran dari sebelah sana.
“Biasa aje. Sibuklah.” Ash menjawab sebelum melabuhkan tubuh di kerusi yang terdapat di balkoni itu.
“Sibuk mendenya, bro?”
“Sibuklah. Banyak kerja nak kena buat. Syarikat tu hancus. Betul cakap papa aku. Syarikat tu dah tak boleh nak buat apa dah. Hopeless.”
Really? Kenapa? Teruk sangat ke?”
Ash melepaskan keluhan berat. Dia sendiri tak tahu macam mana nak cakap. Kepala dah naik pening dengan masalah yang bertimpa-timpa. “Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Hmm, kau apa cerita? Senyap aje dua hari ni? Sibuk sangat ke dekat Sungai Koyan tu?”
Amzal ketawa kecil. “Kenapa? Rindu aku ke?”
Ash mencebik. “Buang masa aje rindu dekat kau.”
Amzal ketawa lagi.
“Sibuklah. Ingat kau aje sibuk? Aku pun sibuk jugak. Sibuk jaga tepi kain orang.” Amzal menjawab sambil ketawa besar.
Ash hanya menggeleng. Memang perangai tak berubah. Sebiji macam... “Am, aku tanya sikit boleh?”
“Hmm? Tanya apa?”
“Adik sepupu kau tu.”
“Hah! Kenapa kau tanya? Hari tu pun dia sibuk duk tanya pasal kau. Ke kau orang berdua ni ada apa-apa?”
Dahi Ash berkerut. “Dia tanya pasal aku? Dia tanya apa?”
“Dia tanya siapa nama betul kau. Kenapa? Eh, kejap. Tak silap aku Jun tu kerja di Syarikat Pesona Jaya. Tu bukan tempat kau kerja sekarang ke?”
Ash terdiam. Kepala masih sibuk berfikir kenapa gadis itu bertanya akan namanya kepada Amzal?
“Wei? Tidur dah ke?”
Ash tersedar apabila suara Amzal di sebelah sana menerjah gegendang telinganya. “Hmm, nak tidur dah ni. Esok banyak kerja nak buat.”
Amzal mengerutkan dahi. Spontan dia menjeling jam di tangan. Baru pukul 9.00. “Awal lagi ni, bro. Takkan dah nak tidur kut.”
“Penatlah. Sakit kepala pun tak hilang lagi ni.”
“Hmm, yalah. Satu aje aku nak pesan.”
“Apa?”
“Tolong jaga adik sepupu aku tu baik-baik.”
Ash mencebik. Ingat dia ni kerja jadi babysitter ke?
“Ingat aku dah tak ada kerja lain ke nak buat?”
Amzal ketawa kuat. “Aku gurau ajelah, bro. Itu pun nak sentap. Okeylah. Aku pun nak layan bola malam ni. Bye.”
Ash meletakkan telefon bimbitnya di atas meja kopi di hadapannya. Dia mendongak ke langit yang hitam kelam itu. Keluhan berat dilepaskan beberapa kali sebelum dia akhirnya bangkit sebelum berlalu masuk ke dalam.

“Tepi, tepi!” Jun berkata sambil berlari kelam-kabut keluar dari lif tersebut.
“Hei.”
Sorry, sorry.” Jun menjawab tanpa memandang belakang. Dia menjeling jam di tangan berkali-kali. Habislah. Dia dah lambat lima minit. Ini gara-gara berebut parking dengan Jena, budak marketing itulah. Isy!
“Fyn, bos dah sampai?” Jun bertanya tercungap-cungap. Rasa macam nak tercabut jantung dibuatnya.
“Encik Zainudin?”
“Bukan. Encik Ash.” Jun menjawab sambil menyentuh dada yang terasa sesak.
Fyn mengerutkan dahi. “Encik Ash? Siapa tu?”
Jun mengangkat muka. Rasa macam nak tepuk dahi. “Encik Ben Ashraf. Dia dah sampai ke?”
“Oh, cakaplah Encik Ben. Dah. Baru aje sampai tadi.”
Jun menggigit bibir. Habislah dia kali ni. Mesti kali ni dia kena buang kerja terus. Apa nak buat ni?
Kring! Perhatian Jun teralih ketika melihat Fyn mengangkat telefon yang berbunyi.
“Baik, Encik Ben.”
Jun telan air liur apabila mendengar nama lelaki itu disebut oleh Fyn.
Fyn meletakkan gagang telefon lalu memandang Jun. “Bos besar panggil you masuk pejabat dia.”
Dada Jun kembali berdegup kencang.
“Dia nak apa?” tanya Jun resah.
Fyn angkat bahu. “Tadi lagi dia cari you, tapi I cakap you tak sampai lagi.”
Jun menggigit bibir. Fyn ni pun satu. Jujur sangat kenapa?
“Hmm, mood dia macam mana? Okey ke?” Jun bertanya teragak-agak. Mata dihala ke arah pintu bilik lelaki itu. Tiba-tiba rasa seram pula. Pintu bilik lelaki tu dah rupa macam pintu masuk rumah hantu saja.
“Okey aje. Siap senyum dekat I lagi tau. Manis aje.” Fyn menjawab sambil tersengih.
Jun mencebik. Mulalah tu nak berangan. Minah ni tak kenal lagi siapa mamat tu yang sebenar. Huh! “Tak apalah. I masuk dulu. Wish me luck.”
Fyn mengerutkan dahi sebelum menggelengkan kepala. Ada-ada saja minah ni.
Jun menarik nafas panjang dan dalam. Mulut terkumat-kamit membaca doa sebelum tangan mengetuk pintu bilik lelaki itu.
Senyap.
Dahi Jun berkerut lagi. Eh, tak dengar ke? Jun bertanya sendiri sebelum mengetuk pintu buat kali kedua, namun dia masih tidak mendengar sebarang bunyi dari dalam? Takkan nak masuk aje?
Jun mengetuk pintu beberapa kali dengan agak kuat sebelum terhenti apabila pintu tersebut dibuka dari dalam secara tiba-tiba. Jun hanya tersengih dengan rasa bersalah apabila raut wajah Ash agak tegang.
“Lain kali masuk ajelah. Tak payah nak ketuk pintu macam nak roboh.” Ash berkata agak geram sambil berjalan menuju ke mejanya.
Jun memutarkan bebola matanya ke atas apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Dia membuat muka sambil mengajuk gaya lelaki itu bercakap sebelum berhenti apabila lelaki itu tiba-tiba berpusing ke arahnya. Jun hanya tersengih. Muka dah terasa tebal dua inci.
“Awak mengajuk saya, kan?”
Laju Jun menggeleng. “Tak. Mana ada. Tak baik tau Encik Ash tuduh saya macam tu. Berdosa.”
Ash masih merenung ke arah Jun sehingga membuatkan gadis itu tunduk merenung lantai.
“Hmm, ada apa encik nak jumpa saya?” Jun bertanya apabila merasakan bilik itu terasa panas berbahang.
Ash tidak menjawab ketika dia kembali duduk di tempatnya. Fail yang tersusun di hujung meja dicapai sebelum dibuka.
“Awak datang pukul berapa tadi?” Ash bertanya tanpa mengangkat kepala.
Jun telan air liur. Alamak! “Err, pukul 7.50.”
Tangan yang sedang menurunkan tandatangan pada dokumen di hadapannya itu terhenti buat seketika.
“Awak yakin?” Dia bertanya, masih tidak mengangkat kepala.
Jun garu kepala yang tidak gatal. Aduh, nak mengaku ke tak? Kalau mengaku, mesti dia kena pecat punya. “Err. Ya?”
Ash mengangkat kepala memandang gadis itu.
Jun tunduk merenung ke lantai apabila dia dapat merasakan yang lelaki itu tahu yang dia telah menipu. Huargh!
“Betul awak datang pukul 7.50?”
Jun teragak-agak buat seketika. Apa nak buat ni? Perlahan-lahan dia mengangguk. Ash masih memandangnya sebelum lelaki itu mengangkat gagang telefon.
“Fyn, tolong semak rekod kedatangan Junnah.”
Bulat mata Jun apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Laju dia berlari ke arah lelaki itu sebelum menekan butang pada telefon tersebut menyebabkan panggilan telefon itu terputus.
Ash merenung tajam ke arah gadis itu.
Jun hanya tersengih dengan rasa bersalah. Dia tak pasti dari mana datangnya keberanian untuk bertindak begitu. Kali ni dia jamin pasti mamat ni akan pecat dia.
“Awaklah satu-satunya pekerja paling berani yang pernah saya jumpa.”
Err, thanks?” Jun menjawab teragak-agak.
“Itu bukan pujian!”
Jun memejamkan mata apabila nada suara lelaki itu sudah naik satu level.
“Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya manusia biasa yang selalu buat kesilapan.” Jun menjawab sambil tayang muka sedih.
Ash mengurut dahi yang dah terasa pening. Am, apa yang tak kena dengan adik sepupu kau ni?
“Keluar.”
“Huh?” Jun bertanya agak terkejut. Dalam hati dah mula berdebar. Mamat ni betul-betul nak pecat dia ke?
“Saya cakap keluar sekarang.”
“Tapi...”
Ash mengangkat gagang telefon buat kali kedua.
Jun mula gelisah. Mamat ni nak panggil pak gad halau aku keluar ke?
Tok! Tok! Tok!
“Masuk.”
Jun menoleh ke belakang. Dahi berkerut apabila Fyn yang muncul, bukan pak gad seperti yang dia sangkakan.
“Fyn, awak bawa dia ni keluar dan tunjuk tempat baru dia.”
“Baik, Encik Ben.” Fyn menjawab sebelum mengisyaratkan Jun mengikutnya keluar.
Jun terpinga-pinga buat seketika.
“Awak tunggu apa lagi?” Ash bertanya apabila Jun masih lagi tercegat berdiri di hadapannya itu.
“Jun?”
Spontan Jun menoleh ke belakang. Fyn memberi isyarat supaya dia segera keluar dari bilik tersebut. Cepat-cepat gadis itu melangkah sebelum terhenti.
“Mulai esok kalau awak datang lambat daripada saya, saya akan tolak gaji awak.”
Jun mengerling ke belakang. Berdesing telinga apabila mendengar kata-kata lelaki itu, namun dia harus akui memang salah dia pun. Syarikat mana yang boleh bertolak ansur jika pekerja datang lambat daripada bos?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan