Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Rabu, 13 Januari 2016

Cik Pemanis Hati - Bab 6

Bab 6
“Fuh, nasib baik ada meja kosong. Sebab itulah aku tak suka nak keluar dari rumah hari Sabtu, Ahad atau public holiday sekalipun. Ramai sangat orang!” rungut Hana.
“Itulah sebabnya aku tak suka makan kat food court ni. Sesak sangat dengan orang.” Fuad memulangkan paku buah keras. Dia masih tidak berpuas hati kerana terpaksa mengikut sepupu-sepupu tersayang makan di situ. Kalau tak ikut, makan seorang dirilah nampak gayanya. Kang ada juga KLCC ni banjir dengan air mata pilunya. Cet.
“Alah, tak apalah. Kan dah dapat meja kosong ni. Kau nak makan apa Fufu? Aku dan Hana pergi beli makanan dulu tau. Kau duduk sini, jaga tempat,” arah Vianne lalu berdiri sambil diikuti oleh Hana.
“Baiklah,” jawab Fuad malas.
Excuse me. Masih ada kosong tak meja ni?”
Tiba-tiba Fuad dikejutkan oleh suara garau berlemak seorang lelaki yang sedang berdiri di hujung meja. Fuad terus memandang lelaki itu.
“Ada. Kami cuma bertiga saja. You boleh guna meja yang sebelah ni,” kata Fuad sambil menunjuk meja sebelah kanan yang memang bersambung dengan mejanya sekarang. Sebenarnya meja itu untuk enam orang.
Oh, thank you so much,” ucap lelaki itu lalu meletak dulang berisi nasi lemak ayam dan teh tarik panas di atas meja.
Welcome,” balas Fuad sambil tersenyum.
Lelaki tadi terus duduk. Sudu dan garpu yang terletak di dalam gelas berisi air panas itu dikeluarkan serta dilap dengan menggunakan tisu sehingga kering.
Mata Fuad curi-curi memerhati penampilan lelaki itu yang baginya memang bergaya dan ada rupa itu. Persis model! Jam tangan pun mahal sampai tahap boleh beli kereta, jadi mestilah lelaki itu datang daripada keluarga yang agak berada. Jam tangan Patek Philippe, woi! Gila mahal kut.
Terserlah ketampanan lelaki itu dengan kemeja-T lengan pendek berwarna biru gelap dan jean hitam. Rambut pun gaya quaff. Nampak segak sekali. Nasib baik aku ni lelaki, kalau aku ni perempuan dah lama aku cuba mengayat lelaki kacak ini. Amboi, ada niat jugak kau eh, Fufu.
“Fufu, pergilah beli makanan. Kat sana ada jual segala pasta yang confirm masuk ke dalam tekak kau yang marvelous tu. Pergilah,” gesa Hana yang tiba bersama Vianne dengan dulang berisi nasi kandar ayam madu dan ice lemon tea. Mereka terus duduk.
Iyolah, minah pot-pet, pot-pet!” Sempat lagi Fuad mengutuk sebelum beredar.
Hana cuma mampu mengetap bibirnya. Terus saja matanya mengerling lelaki yang sedang berselera menikmati nasi lemak di hujung meja mereka. Matanya terus terpaku melihatkan gerangan lelaki itu. Eh, dia ni bukan ke Mr. Tak Ada Adab tu?
Hana terus saja menundukkan muka memandang nasi kandarnya. Cemas. Aduhai, kenapa dalam banyak-banyak tempat aku perlu terserempak dengan lelaki yang dah aku senarai hitamkan dalam hati aku ni? Macam mana aku nak makan ni? Rasa-rasanya dia cam aku tak, ha? Isy, harap-harap dia tak cam muka aku yang cun-melecun ni. Amboi, sempat lagi perasan sendiri cantik.
“Aku makan dulu eh. Lapar sangat dah ni. Tak sanggup aku nak tunggu si apek tu. Kau tahulah dia bila pilih makanan tu punyalah lama. Cerewet. Kalah mummy.”
“Makanlah. Aku pun lapar ni,” balas Hana dengan suara yang perlahan lalu mencarik isi ayam madu dengan menggunakan tangan. Matanya tidak lepas mengerling lelaki itu. Gelisah. Tidak fasal-fasal hilang selera makannya saat itu. Haih!
“Amboi... Makan sampai tak sedar aku sampai. Tak tunggu aku pulak tu,” bebel Fuad dengan nada merajuk. Dia terus meletakkan dulang berisi beef lasagna dan ice mocha.
Vianne dan Hana serentak angkat kening kiri. Fuad mula menjuihkan bibirnya tanda whatever.
“Eh minah. Kenapa susah sangat nak jumpa kau eh? Dah tak sudi nak jumpa kami ke?” Kedengaran kurang berpuas hati saja ayat Fuad itu. Vianne sudah mula buat muka sayu tanda menyokong kata-katanya itu.
Hana sudah mula berasa serba salah. “Bohong besarlah kalau tak nak jumpa cousins yang paling aku sayang ni. Boleh mati kerinduan aku tau!”
Mendengarkan ayat Hana yang sedikit puitis itu, Fuad dan Vianne sudah mula senyum sehingga naik ke telinga. Puas hati.
“Kami pun sayang sangat kat kau, sebab itulah nak kena membebel sikit bagi kau sentiasa ingat kami ni ha,” ujar Fuad sambil mengelip matanya perlahan.
Hana yang tidak tahan melihat aksi yang dianggap macam Miss Sotong itu terus menepuk lengan Fuad sambil mengetap bibir tanda geram.
“Ouch, sakitlah, minah!” rungut Fuad sambil mengusap lengannya sendiri.
“Kau buat lagi, siap kau eh,” ugut Hana sambil menunjukkan penumbuknya.
Fuad tertelan air liur dek ketakutan. Vianne sudah mula mengangkat ibu jari tanda good atau lebih tepat padan muka.
“Alah, aku saja-saja aje buat aksi macam tu. Gurau sikit pun tak boleh kau orang berdua ni,” rungut Fuad sambil memuncungkan bibirnya sedikit.
Aksi muncungkan bibir itu membuatkan Hana dan Vianne serentak mencubit lagi lengan Fuad. Terus terjerit kesakitan Fuad akibat cubitan berbisa itu. Jeritannya itu menarik perhatian orang-orang yang duduk berdekatan dengan meja mereka, termasuk lelaki yang paling Hana mahu hindari ketika itu. Hana mulai cemas apabila mata lelaki itu memandang mereka bertiga.
“Shhh... Kau ni kalau nak menjerit tu kasilah volume down dulu. Isk!” marah Hana dengan nada suara serendah yang mungkin. Sesekali matanya mencuri pandang si jejaka yang tidak lepas memandangnya. Alamak, dia dah cam aku ke? Habislah!
“Sakit tau tak kau orang cubit. Ingat ni tangan mannequin ke?” Tergosok-gosok dia pada kedua-dua belah lengannya yang sudah merah akibat cubitan tadi berselang-seli.
Vianne sudah menekup mulut sambil terkekeh-kekeh mentertawakan Fuad.
Adam mengerutkan dahinya sekejap dan sekejap pula hampir tersenyum ketika mendengarkan perbualan antara dua orang perempuan dan seorang lelaki yang duduk semeja dengannya. Ganas juga perempuan yang bagi amaran kepada lelaki yang terlebih lemah lembut itu. Selepas itu dia hampir tergelak apabila lelaki lembut itu mengaduh sakit ditepuk oleh perempuan ganas tadi. Adam terpandangkan muka merah si lelaki lembut, kemudian pandangannya beralih ke arah dua orang perempuan yang duduk berhadapan dengan lelaki itu. Seorang berambut perang dan seorang lagi bertudung.
Eh? Matanya terus melekat pada wajah perempuan bertudung itu. Macam kenal saja muka minah ni. Eh, suka-suka aku aje nak panggil dia minah kan? Tapi, tadi dia orang panggil dia minah apa. Mungkin betullah kut nama dia Minah.
Adam merenung perempuan bertudung itu. Perempuan itu pula seperti mengelak daripada bertembung mata dengannya. Dahi Adam sudah berkerut seribu. Eh? Si minah tudung bulat? Kenapa dalam banyak-banyak perempuan yang ada kat sini, aku boleh terserempak dengan minah ni? Alahai, kecilnya KL ni.
Aik, wait a minute. Si minah tudung bulat ni ke yang bernama Minah tadi? Diakah si ganas yang mahu menumbuk si sotong itu? Aduhai. Ooo... Padanlah dia tu bertudung stail macam tu. Ganas rupanya. Tsk, tsk, tsk. Adam hampir mahu menggeleng kepala apabila mengetahui sikap sebenar gadis itu.
Hana berasa lega apabila melihatkan Mr. Tak Ada Adab bangun dari kerusi dan terus beredar. Namun, Hana sempat melihat renungan tajam diberikan oleh Mr. Tak Ada Adab terhadap dirinya. Amboi, macam tak suka aku aje? Isk, aku jeling tajam balik baru dia tahu jelingan mana lebih power. Kau jangan main-main, Hana, nanti jeling-menjeling marah bertukar menjadi jeling-menjeling cinta. Uisy, mintak dijauhkan.
Handsome kan mamat tu?”
Persoalan Fuad menyebabkan Hana kembali tersedar. Dia memandang Fuad dengan pandangan yang kurang dimengertikan.
“Kenapa? Something wrong with my question?” soal Fuad lagi sambil buat muka penuh tanda tanya.
Hana mencebik.
“Kau tau tak lelaki tu aku gelar, Mr. Tak Ada Adab,” beritahu Hana dengan riak wajah yang serius.
Fuad dan Vianne saling berpandangan sebelum menumpukan perhatian pada apa yang bakal diperkatakan oleh Hana.
“Kalau kau dah gelar orang macam tu, maksudnya ada sesuatulah tu yang buat kau tak suka, kan?” soal Vianne tidak sabar.
“Macam ni...” Hana menceritakan satu per satu kejadian tempoh hari dengan penuh perasaan.
Mulut Vianne dan Fuad terlopong habis mendengarkan cerita yang juga membuatkan mereka merasa sakit hati. Fuad siap buat aksi geleng kepala sambil memuncungkan mulut. Nampak sekali tidak berpuas hati.
“Isy, tak baiklah dia buat macam tu, kan? Dari manalah dia belajar tak payah nak minta maaf sebab nak jimat masa? Dia tu manusia ke datang dari planet lain?” Vianne mula bersuara setelah Hana habis bercerita.
“Memang sesuailah gelaran yang kau bagi tu, Hana. Huisy, memang tak ada adablah lelaki tu. Harapkan muka aje handsome, tapi macam... Oh, my gosh!” Fuad mula buat aksi sotongnya lagi.
Hana terus menampar lengannya lebih kuat daripada tadi.
“Awww... Sakitlah, minah!” Fuad hampir mahu menangis dibuatnya.
“Kau ni kan dah tau aku tak suka kau macam tu, tapi masih lagi nak buat macam tu,” bebel Hana sambil menjeling tajam Fuad.
“Aku saja-saja aje. Nak menceriakan keadaan. Itu pun salah ke? Erghhh!” Terkeluar suara garau jantan milik Fuad apabila dia merengus begitu.
Hana membesarkan matanya tanda memberi amaran. Fuad terus menarik gelas ke depannya dan menyedut air minumannya sampai habis. Bengang.

“Kak Hana, saiz kasut untuk Ayim tu Ayim nak ambik saiz empat,” ujar budak lelaki berusia 11 tahun itu.
Hana yang sedang leka mencatat saiz kasut semua anak-anak yatim piatu di Rumah Nur itu terus mengangkat mukanya, memandang Ayim dengan penuh tanda tanya. “Kenapa? Tak kecik sangat ke tu, Ayim? Ayim kan saiz lima.”
Ayim garu kepalanya yang tidak gatal dengan sengihan. “Ayim nak bagi kasut kat adik. Kasut Ayim yang dulu tu terlalu longgar untuk adik pakai. Jadi, Ayim nak bagi kat adik aje. Lagipun kasut Ayim masih boleh dipakai lagi.”
Terpegun Hana mendengarkan jawapan budak lelaki yang dirasakan sangat mengambil berat tentang adiknya itu. Dia sanggup tidak mahu ada kasut baru supaya adiknya merasa memakai kasut baru. Ya Allah, betapa Kau mahu menunjuk kepada aku yang serba tidak sempurna ini supaya lebih membuka mata untuk membantu insan-insan yang lebih memerlukan. Hampir bergenang matanya kerana terasa sebak.
“Tak apa, Ayim. Kakak memang nak belikan untuk semua. Jadi, Ayim dan adik masing-masing dapat kasut baru,” beritahu Hana lalu menepuk bahu Ayim.
Ayim terkedu sebelum riak wajahnya berubah ceria. “Betul ni, kak? Terima kasih banyak-banyak, kak. Kejap, saya nak panggil adik kejap.”
Tersenyum Hana melihatkan Ayim yang sudah beredar mencari adiknya. Tidak sampai seminit mereka berdua muncul. Budak perempuan berusia sembilan tahun itu muncul dengan senyuman malu-malunya.
“Deeba, macam mana kelas hari ni? Okey?” tanya Hana sebaik saja Deeba duduk di sisinya.
Deeba angguk sambil tersengih-sengih.
“Belajar rajin-rajin ya. Jangan malu bertanya cikgu kalau tak faham soalan. Malu bertanya...” Sengaja Hana menggantungkan ayatnya untuk melihat reaksi gadis kecil molek itu.
“Sesat jalan,” kata Deeba dengan suaranya yang perlahan dan comel.
“Pandai pun,” puji Hana lalu mencuit hidung Deeba.
Gadis itu terus mengekek ketawa suka.
“Deeba nak jadi apa bila dah dewasa nanti?” tanya Hana lagi.
“Nak jadi macam kakak.”
Hana terpegun.
“Macam kakak? Boleh kakak tahu kenapa?” soalnya dengan nada tidak percaya.
“Sebab kakak baik. Deeba nak tolong orang lain juga macam kakak.”
Hana terkedu seketika. Sungguh dia tidak menjangka ayat itu yang keluar dari mulut gadis berusia sembilan tahun itu.
“Alhamdulillah. Kakak doakan Deeba dapat capai impian tu nanti.” Tubuh kecil itu terus didakap erat sebelum dilepaskan. Matanya tersenyum memandang mata polos Deeba.
“Nanti kakak beli kasut sekolah baru, Deeba mesti rajin ke sekolah ya? Selalu ajak kawan-kawan lain pergi ke sekolah sama-sama dan belajar rajin-rajin.”

Deeba angguk laju sambil tersenyum. Hana terus mengusap kepalanya sambil tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan