Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Selasa, 19 Januari 2016

Suami Paksa Rela - Bab 1

Sakitnya tuh di sini, di dalam hatiku...
Sakitnya tuh di sini, melihat kau selingkuh...
Sakitnya tuh di sini, pas kena hatiku...
Sakitnya tuh di sini, kau menduakan aku!
Wafa mencampak kasar beg tangannya di atas sofa. Dia campak sekuat hati sama seperti yang pernah Idham buat bila lelaki itu mencampak buang hati dia dulu. Lelaki tak guna!
“Hoi, Fa! Kau kenapa ni? Masuk-masuk butik mulut muncung macam tu. Apasal?” tegur Ika yang dah sah tak tahu-menahu. Angin tak ada, ribut pun tak ada. Tiba-tiba saja Wafa nak mengamuk ni, dah kenapa?
“Kau tutup lagu tu sekarang. Kau tutup cepat!” jerit Wafa macam orang dah hilang sabar. Siap bercekak pingang lagi. Berjalan mundar-mandir tak tentu hala.
Eee, dia tengah geram! Dia rasa nak marah, nak mengamuk, nak kokak-kokak orang! Berani betul Idham buat dia macam ni?! Apa, lelaki itu ingat dia ni tak ada perasaan ke apa? Tak ada hati? Sampai hati betul lelaki tu kan!
Bila Ika tengok Wafa dah marah-marah seperti itu, cepat dia tutup lagu yang tengah terpasang pada handphonenya. Senyap terus keadaan.
“Kau kenapa, Wafa? Ada masalah ke? Cuba cerita dekat aku. Apa yang tak kenanya?” tanya Ika dengan kepala terdongak pandang atas. Naik pening pula kepalanya tengok kawannya itu bergerak ke kiri dan kanan.
“Memang semuanya serba tak kena! Kau tahu apa yang Idham dah buat dekat aku? Kau tahu dia buat apa?!”
Kening Ika berkerut-kerut. Dia angkat bahu. Entah, manalah dia tahu apa yang lelaki itu dah buat pada Wafa. Kalau tahu, tak adalah dia tanya kenapa dan blur macam ini. “Dia buat apa dekat kau?”
“Dia WhatsApp aku cakap dia nak kahwin. Kahwin dengan perempuan tu, Ika!”
Hah? Ika yang mendengar terus terlopong mulut. Wau, cerita hangat ni!
“Apa motif dia bagi tahu aku yang dia nak kahwin? Nak kahwin tu, kahwin ajelah. Ada kaitan dengan aku ke? Cuba kau bagi tahu aku, Ika. Perlu ke dia bagi tahu aku yang dia nak kahwin? Eee, dia memang sengaja nak sakitkan hati akulah tu. Eee!”
“Err...” Ika tak tahu nak komen apa. Patutlah Wafa tak boleh dengar lagu Sakitnya Tuh Di Sini tadi. Tengah sakit hati rupanya. Huhuhu. Sabarlah, wahai sahabat.
“Aku ni sikit pun tak hadaplah dia nak kahwin. Aku tak peduli langsung!” bebel Wafa lagi. Meluahkan semua rasa sakit yang berbuku dalam hati.
Ya, dia memang tak peduli. Idham nak kahwin ke, bercerai ke, apa ke, dia dah tak mahu ambil tahu! Buatlah apa pun. Semua itu dah tak ada kena-mengena dengan diri dia. Dia tak ganggu Idham dan janganlah lelaki itu nak ganggu hidup dia pula! Heh!
Selepas kes dua bulan yang lepas, memang dia dah tak berhubung langsung dengan Idham. Sejak lelaki itu kantoi ada perempuan lain, tak ingin lagi dia nak ambil tahu pasal bekas kekasihnya itu. Terbongkang ka, apa ka, biaq pilah!
Tapi, yang dia angin satu badan bila lelaki itu suka sangat kacau hidup dia. Sibuk nak bagi tahu kisah hidup dia dengan makwe baru dia itu. Kadang-kadang, boleh pula bekas kekasihnya itu hantar direct message yang ada gambar-gambar dua malaun itu pergi shoppinglah, makanlah, apalah, dekat Instagram dia. Sebagai manusia biasa, boleh ke kalau dia tak rasa sakit hati bila bekas kekasihnya buat macam itu? Mana boleh!
Sudahlah tak setia, penipu pula tu! Boleh pula berdepan dengan dia macam tak ada apa yang berlaku. Tak cukup tag di FB dan Instagram, di WhatsApp pun dia dapat gambar-gambar yang menyakitkan hati milik malaun dua orang itu. Haih, memang dia orang saja nak mintak kaki betul!
“Sabarlah, Wafa. Kau kata kau tak hadap, tak peduli, kan? Tapi, kau duk membebel, hangin macam ni kenapa? Biar ajelah si Idham tu. Jangan dilayan. Abaikan aje orang yang tak berapa nak betul macam tu,” pujuk Ika. Cuba meredakan hati kawannya yang tengah panas itu.
Wafa pandang tajam dekat Ika. “Memanglah. Tapi, masalahnya sekarang ni, aku tengah sakit hati. Kau faham tak? Sakit hati!”
“Ya, aku faham kau tengah sakit hati. Tapi, kau bukan boleh buat apa pun. Alah, move on ajelah, Fa. Biarkan aje dia orang tu.”
“Senang aje kau suruh aku move on kan, Ika? Kalaulah semudah ABC move on tu, dah lama aku move on. Masalahnya sekarang ni, aku tak boleh. Lima tahun kut aku dengan dia. Last-last jadi macam ni. Frustlah jugak aku.” Mulalah Wafa sebak Mengenang kisah lama.
Lima tahun dia setia dengan Idham. Lima tahun kut! Kalau ada anak, dah masuk tadika dah anak dia. Tapi, akhirnya jadi macam ini. Idham dengan perempuan lain, dia pula terkapai-kapai sakit hati seorang diri. Apa salah dia? Di mana silapnya dia sampai Idham cari perempuan lain pun, dia tak tahu.
Ke, lelaki sekarang ini memang spesies yang tak reti nak puas dan setia dengan seorang perempuan saja? Kenapa mesti nak kena ada ramai skandal? Haih, memang tak guna betullah lelaki macam tu!
“Kau faham tak maksud move on tu, Wafa? Move on tu maksudnya kau kena lupakan Idham. Mulakan hidup baru. Cuba kenal lelaki lain. Cuba buka hati kau tu untuk orang lain. Ni, dah kau duk layan rasa kecewa tu, sampai bilalah kau nak move on? Kau tengok Idham tu. Dah nak kahwin dah. Kau pulak? Sorang-sorang frust menonggeng sebab putus cinta. Sadis aku yang tengok ni tau tak!”
Terdiam Wafa bila dengar Ika cakap macam itu. Bila fikirkan balik kata-kata Ika itu, hilang terus rasa sebak yang ada dalam hati. Muncul pula rasa semangat nak teruskan hidup dan lupakan semua cerita lama. Berkobar-kobar dia jadinya. “So, kau rasa apa patut aku buat?”
“La, kan aku dah cakap tadi. Kau kena move on, Wafa!” Ika menggeleng kepala.
Haih, penat pula dia bercakap dengan perempuan ini. Tak faham-faham lagi dengan maksud dia. Penat saja dia duk menerangkan dari tadi.
Wafa diam, berfikir sekejap. Emm, macam mana nak buat supaya dia cepat move on ya?
“Hah! Aku dah tahu macam mana cara aku nak cepat move on. Aku dah nekad. Aku pun nak kahwin macam dia kahwin jugaklah!” ucapnya tiba-tiba.
Ika melopong lagi. Ah, sudah Wafa ni! Keluar dah idea sengal dia.
“Kau nak kahwin dengan siapa? Ada calon dah ke?” soal Ika. Setahunya, Wafa mana pernah ada someone special selain si Idham itu. Ke, dia saja yang tak tahu?
Semangat nak move on yang terpancar pada muka Wafa tadi, terus memudar serta-merta lepas mendengar soalan cepumas Ika pasal calon. Itulah! Mulut main cakap saja, otak tak fikir langsung. Sekarang ini, dia nak kahwin dengan siapa? Calon suami seorang pun tak ada. Alahai!
“Kejap!” Ika bersuara tiba-tiba. “Aku kenalkan kau dengan abang sepupu aku nak?”
Wafa buat muka macam tak rela. Biar betul Ika ni?
“Err... Abang sepupu kau? Siapa? Aku kenal ke? Muka handsome tak?”
“Ceh, demand betullah kau ni! Kira okeylah aku ada calon untuk kau tau. Alah, kau tunggu ajelah. Nanti aku kenalkan dia dekat kau eh.”
Wafa rasa macam nak percaya dengan tak nak percaya saja si Ika ini. Kawannya itu bukannya betul sangat. Datang mood sengal dia, orang gila pun boleh jadi abang sepupu dia. Lepas itu, nak kenalkan dekat dia pula. Eh, tak mahulah dia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan