Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Isnin, 18 Januari 2016

Suamiku Pembuli Cinta - Bab 8

Bab 8
NOMBOR orang yang tidak kukenali menghantar satu mesej. Namun, apabila aku sering mendapat iklan melalui mesej, jadi aku abaikan saja mesej itu. Lebih baik aku buat kerja-kerjaku yang melambak ini. Lagi bagus!
Buat seketika, aku bangun untuk menuju ke pantri. Tiba-tiba aku terasa mengantuk pula. Jadi, jalan penyelesaiannya ialah minum kopi dua tiga muk, pasti hilang rasa mengantuk itu. Tetapi, sebenarnya kalau minum air kopi setiap hari, memang tak elok untuk kesihatan. Sebabnya kopi banyak kafein.
“Iman, boleh buatkan I kopi?” Suara garau kedengaran berbisik di telingaku.
Pantas aku menolehkan kepala ke tepi untuk melihat gerangannya. Terkejut bukan kepalang apabila wajah kami hanya terpisah beberapa inci saja. Segera aku menjauhi tubuh lelaki itu.
“Encik Irsyad buat apa dekat sini?” tanyaku dengan nada pelik.
Sejak akhir-akhir ini, lelaki ini selalu turun ke pejabatku. Entah sebab apa, aku sendiri tak tahu. Eh, dah tentu-tentulah nak teruskan projek dengan syarikat. Takkan nak jumpa aku pula, kan?
“Ermm... Sebab I nak jumpa youlah,” ujar dia sambil tersenyum manis.
Bull’s eye! Hesy, dia ni... Macam tahu-tahu saja apa yang berada dalam fikiran aku sekarang. Aku pula hanya ketawa. “Merepek! Encik Irsyad nak bincang tentang projek hari tu, kan?”
Lelaki itu pula kulihat hanya menggelengkan kepalanya. “I nak kopi. Boleh tak you tolong buatkan kopi untuk I?”
“Eh, suruhlah isteri Encik Irsyad buatkan,” ujarku sengaja mahu mengusik dia.
“Kalau I ada isteri, dah lama dah I suruh isteri I buatkan. Tapi dah you ada kat sini, you ajelah yang tolong buatkan. Boleh tak, Iman?” soalnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Aku sudah terkedu. Aduhai... Aku kenakan dia, dia pula yang kenakan aku! Siot! “Hmm, okey. Encik Irsyad tunggu sekejap ya.”
“Err... Iman, please tambah satu sudu gula aje dalam kopi I tu nanti. I sebenarnya tak suka manis-manis. Nanti terkena penyakit kencing manis, tak ada siapa nakkan I.” Irsyad sudah tersengih menampakkan giginya yang putih tersusun atur.
“Eleh, Encik Irsyad ni... Petik jari, confirm Encik Irsyad dapat sepuluh. Entah-entah, mungkin lebih daripada tu. Encik Irsyad tak payah risaulah. Saya percaya, Encik Irsyad akan jumpa jugak dengan perempuan yang sememangnya ditakdirkan untuk Encik Irsyad,” ujarku dengan nada yakin.
Wah, nampaknya aku sudah boleh menjadi doktor cinta. Macam pro saja menasihatkan dia.
“Dan perempuan tu ialah you, Iman.”
“Huh? Sorry? Did you say something?” soalku dengan dahi berkerut.
Aduh, kenapalah dia suka sangat bercakap dengan butir bicara yang tidak jelas bunyinya?
Nothing. Okeylah, I tunggu dalam pejabat bos you. Kalau you rasa nak tolong buatkan untuk bos you tu okey jugak. I pergi dulu. Assalamualaikum.” Dan dia terus berlalu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari wajahnya.
Haih, misteri betullah mamat ni. Namun, aku tetap juga membuat tiga kopi. Untuk aku, Irsyad dan Dato’ Ghani tu. Hmm, nak buat macam mana. Nanti dikatanya aku berat sebelah. Konon buatkan kopi untuk tunang aku saja. Erk! Entah bilalah aku mahu berterus terang dengan Dato’ Ghani, aku sendiri pun tidak pasti.

TANPA membuang masa, aku terus menuju ke bilik bos miang itu. Dua muk kopi aku letakkan di atas meja dengan penuh berhati-hati. Pada mulanya aku agak segan juga apabila mata kedua-dua orang lelaki itu memerhatikan segala perlakuanku.
Baru sahaja aku hendak keluar, bos miang sudah memanggil aku. Ah, sudah! Apa lagi dia yang nak ni?
“Ya, bos?”
“Tengah hari ni nanti jom lunch sama-sama nak? Saya belanja.”
Kalau diikutkan hati, ingin saja aku menyimbah air kopi panas itu ke muka bos miang itu. Biar sedar diri tu sikit. Entah berapa kali dia mahu mengajak aku lunch. Agaknya, kalau anak aku dah berderet pun dia tak muak-muak juga!
“Dato’, tengah hari ni saya dah janji nak lunch berdua dengan Iman.” Tiba-tiba Irsyad bercakap sebegitu.
Erk! Sejak bila pula aku dah berjanji dengan dia ni? Aku sudah terasa pelik ya amat. Irsyad ni biar betul?
“Oh, kalau macam tu...” Belum sempat bos miang tu nak cakap habis, Irsyad sudah pun memotong.
“Hanya kami berdua!” Perkataan akhir itu ditekan kuat. Sengaja!
Aku pantas menekup mulut, cuba menahan ketawa daripada lepas. Mana taknya, wajah Dato’ Ghani terus jadi mencuka bila dengar Irsyad cakap macam itu. Oh, rupa-rupanya Irsyad sekadar mahu mengelakkan aku daripada lunch dengan Dato’ Ghani. Ingin sahaja aku mengucapkan terima kasih kepadanya, tetapi mungkin nanti.
“Err... Okeylah. Saya mintak diri dulu.” Penuh sopan, aku terus beredar dari situ. Tak kuasa nak layan dua orang mamat ni.
Bila sampai ke mejaku, aku ternampak mesej yang dihantar ke telefon bimbitku. Tak silap aku, itu nombor sama yang orang hantar tadi. Hai, tidak mengalah pula orang ni. Pantas aku membuka mesej itu.

Hoi. Kenapa kau tak balas? Kau takut ke yang penipuan kau akan terbongkar?

Kening aku sudah berkerut. Apa kes pula hantar aku mesej sebegini? Mengingatkan kata-kata itu, segera fikiranku terfikirkan Rieyzal. Adakah dia yang menghantar mesej ini? Akhirnya, aku membuat keputusan untuk membaca mesej yang aku tidak baca tadi.

Who’s your boyfriend? Kalau kau tak bagi tahu, aku akan kacau kau buat selama-lamanya!

Ah, persoalanku terjawab juga. Memang benar itulah nombor Rieyzal. Tetapi, aku rasa hairanlah pula. Macam mana lelaki itu boleh mendapat nomborku?

TEPAT pukul 12.00 tengah hari, tubuh Irsyad sudah terpacak di mejaku. Uisy, cepat gila mamat ni sampai!
“Jom,” ajaknya bersama senyuman yang boleh membuatkan aku cair.
“Err... Encik Irsyad nak makan dekat mana?” soalku tatkala kami berdua sama-sama menuju ke keretanya.
Seketika, aku terkesima apabila kereta BMW X3 berada di hadapanku. Tidak pernah lagi aku menaiki kereta yang mewah sebegini.
“Hmm... Rasanya nak pergi ke Adzhari 5 Stars Restaurant. I ada dengar daripada rakan business I, perkhidmatan dekat sana sangat bagus. I sendiri pernah pergi ke sana. Makanan dekat situ pun sedap-sedap,” ujar Irsyad lalu membukakan pintu kereta untukku.
Aduh, kenapalah mamat ni gentleman sangat?
“Oh!” Aku hanya membalas sebegitu. Pasti itu restoran orang kaya-kaya juga. Yalah, nama pun restoran lima bintang kan.
Setelah beberapa minit kemudian, akhirnya kereta Irsyad sampai juga di restoran yang lelaki itu cakapkan.
“Tak sabar nak rasa daging itik dia.” Tiba-tiba lelaki itu bercakap sorang-sorang, namun aku masih boleh dengar apa yang dia cakapkan.
“Daging itik dia sedap ke?” Aku sengaja mencari topik untuk dibualkan.
Yup. Memang terbaik di alam semesta. Jom masuk, kalau you nak rasa kesedapan dia,” ajak Irsyad.
Heh. Dah macam hos Jalan-Jalan Cari Makanlah pula!

Apabila berjaya sampai ke meja yang dikehendaki, kerusi ditarik oleh Irsyad untukku. Sekali lagi dia berlaku gentleman terhadapku. Terasa bagaikan cair dalam hatiku saat ini. Oh, Irsyadku sayang! Muahaha! Geli nak mampus.
So, you nak oder apa?” tanya Irsyad kepadaku.
Seorang pelayan perempuan sudah tegak berdiri di sisi kami, tanda amat setia menunggu sebarang pesanan yang bakal keluar dari mulut masing-masing.
Lorh... Awak cakap daging itik dekat sini sedap. Jadi, mestilah saya nak rasa juga kesedapannya,” ujarku sambil mengangkat kening.
Irsyad hanya ketawa. “I’m sorry, my mistake. Err... Itik panggang dua ya.”
Pelayan yang memakai tag nama Harisa itu menganggukkan kepalanya sambil tangan sibuk mencatat pesanan itu. “Minuman?”
“Nak minum apa, Encik Irsyad?”
“Hmm... Nak sama dengan youlah,” ucap dia sambil tersenyum.
Keningku sudah terangkat. “Okey. Kalau macam tu, jus oren dua.”
“Okey.” Harisa sudah mengangguk, lalu beredar dari situ.
She’s beautiful,” ujar Irsyad tiba-tiba dengan nada nakal.
Pardon?” soalku dengan nada yang lain macam. Entah kenapa, di sudut hatiku aku rasa cukup tidak menyukai kata-kata itu.
Nah... Just kidding. Dia dah ada suamilah,” balas Irsyad sambil tersengih.
“Macam mana awak tahu?” soalku sambil mengerutkan dahi. Gaya dia bercakap macam dah kenal lama pula.
“I tahulah. I pernah berjumpa dengan suami dia atas perjumpaan business. Kalau you nak tahu, restoran ni milik suami dia. Ada faham?” jelasnya dengan tangan perlahan mengetuk meja kayu itu.
Bulat seketika mataku dibuatnya. “Seriously? Untungnya perempuan tu!”
“Hmm... You nak suami yang ada restoran ke? If yes, I akan buatkan satu restoran khas buat you,” ujar dia dengan lirikan menggodanya terhadapku.
“Eh, apa benda yang awak merepek ni? Saya tak kisah pun kalau suami saya nanti tak ada restoran. Yang penting, dia beriman, berilmu dan ada kerja untuk menyara hidup kami. Itu dah cukup bagi saya,” ujarku lembut.
“Iman, kalau I masuk meminang you, you nak ke?” Tiba-tiba dia menyoalku dengan nada serius.
Erk! Terasa mahu berhenti jantungku saat itu. Mamat ni, berguraulah pula. Aku kenal dengan dia tak sampai sebulan, takkan boleh masuk meminang pula kut? Akhirnya, aku sekadar ketawa sebagai tanda aku menganggap dia bergurau. “Encik Irsyad ni... Merepeklah!”
Lelaki itu hanya tersenyum tawar.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Pantas aku mencari telefon bimbitku di dalam beg tanganku. Sebaik sahaja berjaya dicari, punat hijau pantas aku tekan. “Assalamualaikum.”
Namun, sepi. Tiada balasan di hujung talian. Kening aku sudah berkerut. Hei, main-main pula pemanggil telefon ni.
“Assalamualaikum. Tak jawab, dosa.” Aku sedikit menjerit. Tiba-tiba rasa macam ada mood nak hempuk kepala orang.
Sepi lagi. Huwargh... Siot betullah! Dengan kasar aku terus menekan punat merah. Lantak orang tulah. Dah call, lepas tu tak nak cakap pula. Memang nak kena makan flying kick aku gamaknya.
“Kenapa, Iman?” soal Irsyad dengan dahi yang berkerut.
Aku hanya menggelengkan kepala. “Entahlah. Maybe wrong number.”
Really? Cuba you cek nombor dia. Mana tahu kalau you kenal ke...” Irsyad nampaknya cuba memberiku cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Aku hanya menurut apa yang dia suruh. Kening aku sudah terangkat. Benar kata Irsyad. Aku rasa aku kenal dengan nombor ni.
So?” soal Irsyad saat tanganku mula ligat mencari mesej yang Rieyzal hantar kelmarin.
Setelah aku membandingkan antara kedua-dua nombor itu, ternyata memang sama. “I think I know him.”
Who?” soal Irsyad lagi. Kedengaran sangat teruja mahu tahu.
“Rieyzal. Dulu dia classmate saya dan...” bicaraku terhenti buat seketika.
“Dan, apa?” tanya Irsyad semakin tidak sabar.
Ex-boyfriend saya,” jawabku perlahan. Seakan-akan tidak sanggup mahu mengucap perkataan itu.
Dulu aku terlalu bendul dan lurus. Aku pun tak faham, apa yang buatkan aku tergila sangat kepada Rieyzal dulu. Entah-entah, dia bomohkan aku tak. Huih, celoparnya mulut aku ni. Astaghfirullah al-azim... Husnudzon, Iman. Husnudzon...
So... Why is he come back?” soal Irsyad bertambah ingin tahu.
“Dia...” Aku seperti tidak dapat menyambung ayat. Seakan-akan tersekat di hujung kerongkongku.
Wait, don’t tell me! Dia yang pinang you?!” Irsyad sedikit terjerit.
Aku hanya mengangguk, tanda mengiakan. “Yes, he’s the one. Tapi, dengan syarat... Mak saya cakap, kalau saya tak cari lelaki lain untuk pinang saya, mak saya akan kahwinkan saya dengan Rieyzal jugak.”
Aku nampak matanya sedikit membulat. Mungkin tidak menyangka bahawa inilah pengakhiran hidupku.
Are you serious? Habis tu, kita nak buat macam mana ni?” soal dia dengan nada gelabah. Gaya dia macam ini pun masalah dia juga.
“Kita? Encik Irsyad, ini masalah saya, jadi biarlah saya settlekan sendiri.” Kening aku berkerut sekali lagi.
Oh, right...” Dia menggumam perlahan.
Telefon bimbitku berbunyi sekali lagi. Bila aku tengok skrin, nombor yang sama menelefonku. Dengan kasar, aku terus menekan punat hijau.
“Helo! Kau nak apa ni? Kalau tengok aku hidup senang tak boleh ke?!” Aku terus menyergah.
“Assalamualaikum.” Nada suara itu kedengaran seperti memerli aku sahaja.
“Waalaikumussalam.” Dalam mencemik, aku menjawab. Siot! Baru tahu nak bagi salam. Tadi aku bagi salam berkali-kali tak tahu nak jawab pula.
 “So, where’s that guy? Orang yang akan hantar rombongan meminang tu?” tanya Rieyzal dengan nada sinis.
Serta-merta aku menepuk dahi. Siot! Macam mana aku boleh terlupa tentang hal ni? “Bi... Bila kau nak jumpa dia?”
As soon as possible. Aku ada kat KL sekarang ni. Kalau bolehlah, aku nak jumpa dia malam ni jugak,” ujarnya dengan nada bongkak.
Aku menggigit bibir perlahan. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Patutkah aku menipunya seperti aku menipu bini-bini bos miang itu?
“Helo? Helo, Iman! Hoi, kau dengar ke tak ni?” Rieyzal pantas menyedarkan aku daripada dunia fantasi.
“Urm... Okey. Malam ni, aku bawak kau jumpa dia. Tapi, dengan syarat. Kau tengok muka dia aje, lepas tu aku dengan dia blah terus dari situ. Deal?”
“Tapi...”
“Kalau kau tak nak, tak payahlah jumpa.” Aku bijak mematahkan kata-katanya.
Okay, deal.” Nak tak nak saja dia bersetuju.
Akhirnya, talian terus dimatikan. Sekarang ni, apa yang patut aku buat ialah berlakon seperti tempoh hari. Ya, mungkin aku ada cakap yang aku tak nak Irsyad menolongku sekali lagi. Namun, apabila berhadapan dengan Rieyzal, si mamat perasan bagus itu, keegoanku runtuh. Aku harus tunjukkan kepada dia, yang aku ini masih lagi ada orang yang mahu!
“Iman? Dah sampai mana dah? Planet Marikh ya?” tegur Irsyad kembali membawaku ke alam realiti.
Bibirku pantas mengoyak senyuman. “Eh, taklah... Saya dah sampai ke Planet Pluto.”
“Hesy... Pandai awak kenakan saya, kan?”
Tangannya hampir-hampir nak mencuit hidungku. Tapi kepala aku spontan ke belakang. Seketika, kami berdua sama-sama terkedu. Aku tidak percaya bahawa tangannya mahu mengusik hidungku manakala dia pula terperanjat dengan tindakan drastiknya.
Nasib baik, wei, tak kena. Kalau tak, kesian dekat bakal suami aku nanti. Akhirnya, aku menundukkan kepala ke bawah, menekur memandang lantai. Aku yakin, wajahku tampak merah kala ini. Argh! Entah manalah aku mahu sorokkan wajahku saat ini.
I’m sorry...” pohonnya dengan nada bersalah.
Err... It’s okay.” Aku hanya mampu tersenyum malu saat ini. Nak bereaksi lebih-lebih pun tak boleh juga. Habis dicop aku sebagai perempuan gila nanti.
Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, pesanan kami sampai. Kami makan tanpa perbualan seperti selalu. Aku pula terasa bagaikan lambat masa berlalu. Lepas kejadian tadi, rasa macam kekok gila. Entah bila mahu sudahnya, aku sendiri tidak pasti.
“Encik Irsyad, kalau...” Sebelum sempat aku berbicara habis, aku menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan untuk bercakap tentang hal ini.
Yes?” Kali ini, pandangan matanya tertumpu ke arahku seratus peratus.
“Err... Kalau... Encik Irsyad jadi boyfriend palsu saya sekali lagi boleh?” Pantas sahaja aku menuturkan ayat itu. Rasa malu pun ada juga saat meminta permintaan ini buat kali kedua.
“Hmm, boleh!”
Aku pantas memandang ke arah dia. Keningku sedikit terangkat. Tidak menyangka bahawa dengan sepantas ini dia akan bersetuju.
But with one condition. Don’t call me Encik Irsyad please. It’s too formal. Hmm, kalau you tak keberatan, panggil saja I Irsyad. Boleh, kan?” Nada lelaki itu seperti berharap.
“Bo... Boleh ke?” Aku agak ragu-ragu.
“Apa pulak tak bolehnya? Lagipun, ini permintaan I untuk kali kedua. Please accept it gratefully, okay? You tak payah takut sangatlah. I’m human, not a monster,” balasnya sambil tersenyum.
“O... Okey En... Eh, Ir... Syad!” Aduh, susah pula aku nak menyebutnya.
Irsyad sudah pun tersenyum manis. “Good girl.”
Aku pula sudah terasa kekok mahu makan di hadapannya saat ini. Lambat-lambat aku masukkan daging itik itu ke dalam mulutku. Dalam mindaku, hanya satu saja aku sedang berfikir. Tentang penipuan ini. Adakah aku akan terus-terusan menipu semua orang? Tapi, takkanlah aku nak suruh si Irsyad ni jadi boyfriend betul-betul aku pula? Dia tu... Entah sukakan aku entah tidak. Haih... entahlah. Yang penting, hal ini harus diselesaikan secepat yang mungkin. Jikalau tidak, aku pasti akan dikahwinkan dengan si Rieyzal tu.

Dan, jikalau penipuan ini terbongkar, aku harus berkahwin. Antara Rieyzal dan Dato’ Ghani berkepala botak itu! Huwaaa... Memikirkan itu, aku jadi tidak sanggup untuk menghadapinya. Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan