Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Khamis, 21 Julai 2016

Plot Cinta Untuk Big Boss - Bab 4

Harga: RM28.00 / RM31.00
Untuk melanggan WhatsApp 019-6128069


“NOMBOR yang anda dail...” Belum sempat operator itu bercakap, Zul Zafri terus menamatkan panggilan yang dibuatnya.
Stres dibuatnya. Tiap kali telefon mesti operator yang jawab. Mesti suara komputer. Sudah masuk tiga hari. Semua mesejnya pending. Ada smartphone dengan aplikasi WhatsApp pun sama. Seolah-olah nombor itu sudah tidak wujud di muka bumi ini.
Nazurah. Nama yang cantik. Orangnya lagi cantik. Sekali pandang memang tak berkelip mata. Itulah yang membuatkan dia jatuh cinta dengan gadis itu. Namun bukan itu yang membuatkan dia terjatuh hati. Dia suka gadis seperti Nazurah. Seorang yang berdikari dan berani. Itulah wanita impiannya.
Walaupun sudah bertahun menyemai cinta, sampai sekarang hubungan mereka masih rahsia. Hanya Nazri yang tahu tentang kewujudan Nazurah dalam hidupnya. Bukan dia takut hendak kenalkan Nazurah kepada keluarganya. Kalau neneknya berjumpa dengan Nazurah gerenti neneknya terima tanpa teragak-agak kerana Nazurah ada pakej yang nenek inginkan.
Bertudung. Jaga solat. Keibuan. Berkarisma. Empat perkara ini ada pada Nazurah. Pendek kata Nazurah memang calon yang paling sesuai. Malangnya, Nazurah sendiri belum bersedia untuk bertemu dengan keluarganya dan meminta hubungan itu dirahsiakan sehingga dia mencapai apa yang dia inginkan dalam kerjaya.
Nazurah memang gila kerja dan ada perniagaan sendiri. Ini menyebabkan mereka susah untuk meluangkan masa bersama dalam beberapa tahun ini. Dalam setahun, boleh dikira dengan jari berapa kali mereka pernah makan bersama. Makan pun sorok-sorok.
Sebabnya, Nazurah tidak mahu orang tahu bahawa dia ada hubungan dengan pewaris Dinasti Group. Kalau berita ini tersebar, mesti orang akan mengaitkan perniagaan yang diusahakan selama ini ada kaitan dengan teman lelakinya.
Zul Zafri bersetuju untuk rahsiakan hubungan ini dan menghormati Nazurah. Dia faham tekanan yang sedang Nazurah alami. Tapi neneknya pula memaksanya cari calon. Diberi masa lima tahun untuk cari sendiri. Empat tahun dia abaikan arahan neneknya. Masuk sahaja tahun keempat, neneknya sudah mula jalankan misi cari calon menantu.
Sekarang dia tersepit di tengah-tengah. Nazurah minta dia bersabar. Dia memang boleh bersabar tapi neneknya tidak boleh sabar. Jadi, berlakulah pertengkaran yang sudah lama tidak berlaku beberapa minggu yang lepas.
“You, janganlah menggelabah sangat. Nenek you bagi masa lima tahun, bukan? Ini baru tahun keempat. Ada banyak masa lagi.” Nazurah meninggi suara.
“Masalahnya I kenal dengan nenek I. Memang dia bagi masa lima tahun tapi bila-bila masa saja dia boleh suruh I kahwin dengan gadis pilihan dia. Semalam I dapat tahu, nenek dah suruh mak cik I yang gilakan harta tu untuk carikan calon isteri untuk I.”
So, you nak I buat apa? Selamatkan diri you? Jadi Supergirl you? Habis, I ni macam mana? Perniagaan yang I bina dengan titik peluh I. Lagipun jenama dan produk terbaru I baru aje dilancarkan. Masih belum stabil lagi. Banyak lagi yang I perlu buat...”
Nazurah, please stop. Kalau you asyik fikir nak berada tinggi daripada orang lain, you akan kehilangan semuanya. Apa yang you capai dah cukup kukuh. You nak apa lagi?”
“I nak setaraf dengan you. I tak nak orang kenal I sebagai bakal isteri pengerusi Dinasti Group. I nak mereka kenal I sebagai usahawan wanita berjaya. Macam Dato’ Siti Nurhaliza. Dia ada jenama sendiri dan buat orang lupa siapa suaminya. Itu yang I nak.”
“Habis, you tak takut I kena paksa kahwin dengan pilihan nenek?” gertak Zul Zafri
“You! You tu bakal terajui Dinasti Group tau. Kalau hal kecil macam ni pun you tak boleh nak handle, macam mana you nak handle syarikat besar macam tu?” sindir Nazurah betul-betul buat dia berasa tercabar.

Zul Zafri mengeluh kecil. Dia yang hanyut menggelamun tadi kembali ke dunia nyata. Betul kata-kata Nazurah itu. Kalau hal kecil begini pun dia tak boleh nak handle, macam mana hendak handle Dinasti Group yang baru sahaja dia mengambil alih beberapa minggu yang lalu.
Dia berlalu duduk di meja kerjanya. Kalau memikirkan soal peribadi dan cinta, memang sampai ke tahun depan pun tidak akan habis. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk fikirkan hal itu. Dia ada banyak lagi kerja yang perlu disemak semula.
Ketika mengambil keluar sekeping fail dari begnya, sebuah buku warna pink terjatuh ke lantai. Lantas dia mengambilnya.
“Buku siapa pula ni?” tanyanya sendirian.
Rasanya ingatannya masih kuat lagi. Dia memang tidak ada buku nota seperti ini. Warna pink pula. Itu memang bukan warna kegemarannya. Dia cukup benci dengan pink. Sudah tentulah bukan dia yang punya. Lagipun sekarang zaman teknologi. Semua guna teknologi terkini untuk mencatat nota. Buku nota seperti ini sudah lapuk.
Fikir punya fikir, barulah dia teringat. Ini buku yang dia jumpa semasa di kafeteria siang tadi. Tidak sangka pula dia terbawa balik buku itu sampai ke rumah.
“Tapi siapa punya?” fikirnya.
“Ah, mesti perempuan yang langgar kepala aku tadi!” tekanya.
Siapa lagi. Hanya dia dan perempuan itu saja yang ada di kafeteria pada waktu itu. Lepas tu, pergi dengan tergesa-gesa pula tu sampai kepalanya jadi mangsa. Minta maaf pun macam tidak ikhlas. Nasib baiklah dia tidak ada dalam senarai yang Nazri pilih. Kalau tidak memang awal-awal lagi sudah dia reject.
Atau... perempuan itu pun tak lulus baca doa Qunut? Huh, pakai tudung tapi tak reti baca doa Qunut. Memang memalukan! bisik hatinya.
Sambil mengutuk, Zul Zafri membuka buku nota itu. Berkerut-kerut dahinya melihat isi kandungan di dalamnya. Nampak macam karangan tapi bukan karangan. Perenggan pun pendek-pendek. Ditambah lagi dengan tulisan yang macam cakar ayam.
“Apalah minah ni tulis? Mental ke dia? Baru keluar dari Hospital Bahagia ke?” tanya Zul Zafri sambil memusing buku itu 90 darjah. Kemudian, kepalanya juga ikut terpusing.
“Hero A seorang anak Dato’ yang pemalas. Suatu hari dia berjumpa dengan gadis kampung, heroin B, seorang pekerja kilang semasa A tengah melarikan diri di kampung hero C. C ni kawan baik A merangkap pakwe B. B ni ada kawan perempuan iaitu D. D ni minat gila dengan C. Disebabkan cemburu C cuba perangkap B dengan E? Atau A...? Alamak, kliselah pulak...!!!” Zul Zafri yang membacanya menggaru kepala berkali-kali.
Stres! Penat dia baca, akhirnya tak ada jalan penghujungnya. Dia selak lagi. Ada banyak lagi tulisan seperti tadi. Yang pasti, mesti ada hero A, heroin B, antagonis C dan seterusnya.
Akhir sekali barulah dia dapat agak bahawa pemilik buku ini ialah novelis! Penulis novel cinta!
Tiba-tiba sahaja badannya geli-geleman. Dia memang anti dengan benda jiwang-jiwang begini.
“Inilah perempuan. Lebih banyak berangan kisah cinta yang tak ada faedahnya. Buku macam ni, layak duduk dalam tong sampah!” kata Zul Zafri seraya membaling buku itu ke dalam tong sampah tidak jauh dari meja kerjanya.
“Orang macam ni ada hati nak jadi setiausaha aku? Huh, berangan lebih nak jadi Cinderellalah tu. Kalau kisah cinta yang dia tulis tu boleh jadi penyelamat hidup aku dan buat nenek aku berhenti cari calon isteri untuk aku, ada juga faedahnya!” bebel Zul Zafri.
Ehhh?” Dia terfikir sesuatu.
Dia memandang buku pink yang dicampak ke dalam tong sampah tadi. Satu demi satu ideanya mula berkembang. Lebar bibirnya tersenyum.
Telefon bimbitnya dicapai lalu menghubungi seseorang. Satu dering. Dua deringan. Tiga deringan. Terus panggilannya dijawab.
“Oh, Nazri...” Suara menggodanya sudah keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan