Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Jumaat, 15 Julai 2016

#SuamiIsteri Part Suami Terlebih Rela

Harga: RM21.00 / RM24.00

Bab 1
WAFA menutup pintu Range Rover berwarna merah itu. Dia berjalan laju ke arah pintu rumah. Sambil itu, matanya sempat mengerling pada kereta Audi suaminya yang siap terparkir.
Pintu dibuka dan terus kedengaran keriuhan suara suami dan anak-anaknya. Apalah yang anak-beranak itu tengah buat agaknya? Berpesta sakan sungguh bunyinya.
Maryam, Leef... look! Your mommy dah balik,” ujar Karl yang tengah duduk di tengah-tengah ruang tamu. Maryam di tangannya diagah-agah.
Wafa terus tergelak melihat Maryam yang tergelak-gelak dengan hidung terkerut-kerut. Amboi, seronoknya budak kecik ni! Tiba-tiba, senyuman Wafa mati. Baru dia perasan keadaan di ruang tamu yang bersepah itu. Dan, Khaleef yang tengah duduk menconteng sesuatu di atas karpet tebalnya!
“Ya Allah, abang! Apasal banyak sangat baju Maryam dekat sini? Abang buat apa ni?” tanya Wafa. Terlepas terus beg tangannya ke lantai. Dia duduk berhampiran dengan Karl sambil membuka lilitan shawl di kepala.
Khaleef, what are you doing?!” Sempat lagi dia tanya anak bujangnya itu.
Khaleef pula hanya buat dek saja. Haih, habislah karpet favourite mommy tu, Khaleef oi!
“Sayang, biarlah Leef nak tunjukkan bakat dia yang terpendam tu. Budak-budak kan memang suka main conteng-conteng.” Laju Karl membela anaknya itu.
Wafa menjeling tajam. Sakit betul hatinya! Suaminya itu kalau pasal anak, semuanya boleh. Semuanya tak apa. Eee, dia pula yang cemburu!
“Tak kisahlah bakat terpendam ke, terendam ke. Tapi, janganlah conteng dekat karpet tu. Macam tak ada tempat lain aje. Tak pun, abang bagilah dia kertas ke, apa ke. Haih, abang ni!”
“Alah, susah sangat nanti abang gantikan ajelah dengan karpet yang baru. Habis cerita. Okey, sayang?” balas Karl, selamba. Kemudian, dia sambung menggomol-gomol Maryam semula. Haih, geramnya dia dekat baby montok ni!
Wafa mula sentap. Makan dalam betul apa yang Karl katakan itu. Makin terasa hati dia bila lelaki itu terlalu fokus dengan Maryam saja. Asyik-asyik anak saja yang diulit. Yang dia ni? Hanya mampu mengulit mimpi! Pergh, dah macam tajuk lagu dah nasib dia ini. Sadis sungguh!
“Wafa tanya ni. Kenapa abang keluarkan semua barang Maryam? Sampai bersepah-sepah semuanya ni.” Wafa mencapai beberapa helai baju dan aksesori kepala Maryam. Dah serupa macam ada photoshoot saja.
“Saja. Tak ada kerja.” Pendek dan ringkas jawapan Karl.
Kening Wafa mula berkerut. Mendengar jawapan suaminya itu buat dia rasa nak naik angin tiba-tiba. Saja? Amboi, sedapnya statement, encik sengal oi! Nanti yang tukang kemasnya dia. Heh!
Karl mengerling isterinya yang dah macam nak meletup itu. Ermm, kesian pula dia rasa tiba-tiba.
“Abang boring tadi. Tiba-tiba, abang rasa macam nak main tukar-tukar baju Maryam pulak. Tu abang punggah semua baju dia tadi. Ni, tengok ni...” Karl baringkan Maryam di atas tilam kekabu. Kemudian, dia tunjukkan iPhonenya kepada Wafa.
Rasa marah terus hilang bila Wafa lihat gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Karl. Ya Allah! Semuanya comel-comel belaka. Lepas satu, satu pakaian Maryam bertukar. Dah macam model anaknya. Pandai pula lakinya itu mix and match pakaian Maryam. Ni siapa yang kerja dekat butik ni? Dia ke Karl?
Yang dua orang lelaki, si Karl dengan Khaleef pun sibuk nak berselfie juga. Siap pakai aksesori kepala Maryam lagi. Adeh, habislah kembang benda alah tu, Karl oi! Macam-macam gaya gambar ada. Menguaklah, mengepitlah, memuncunglah. Haih, entah dari manalah dia orang belajar bergambar macam ini. Dengan Mak Jemah agaknya.
“Maryam sebijik macam muka sayang tau. Kulit dia. Mata dia. Mulut muncung dia tu. Hmm, Im so in love with both of you, sayang!” Karl peluk bahu Wafa. Kepala isterinya itu dia cium sayang.
Wafa terus simpul senyuman. Ya. Inilah sebenarnya yang dia perlukan daripada Karl. Sentuhan dan belaian. Yang mampu hilangkan segala penatnya di butik.
“Penat hari ni, sayang?” tanya Karl prihatin. Pelukan pada tubuh kurus Wafa dia eratkan lagi. Wangian tubuh isterinya itu mula membuai perasaannya.
“Macam biasalah. Awal bulan macam ini, macam-macam benda kena buat. Sorry sebab abang kena ambik dia orang dekat rumah Aunty Lisa.”
No need, sayang. Tak akan pernah jadi masalah pun pada abang.” Karl berhenti bercakap sekejap. Kemudian, dia menyambung kembali. “Ermm, sayang...”
Wafa mendongak memandang Karl. Lain macam saja panjang ‘sayang’ tu? Jangan mengada-ada ya, Karl. Kita dalam tempoh berpantang lagi ni...
“Apa? Abang nak apa?”
“Apa kata, kita bukak akaun Insta untuk Leef dengan Maryam. Nak tak?”
What?! No!” Wafa tegakkan badan. Kemudian, dia angkat pula Maryam. Ketawa terus anaknya itu.
“Alah, bolehlah. Tak salah pun kita share dengan orang pasal anak kita, kan? Abang tengok macam best aje orang post gambar dan video anak-anak dekat Insta tu.”
“Abang, anak-anak kita ni bukannya anak artis macam anak Che Ta, anak Schawal tu. Dia orang ni cuma... cucu Mak Jemah aje pun. Nothing special.”
Mata Karl tiba-tiba bersinar-sinar. Muka pula excited bukan main. “Ermm, I like that idea, sayang! Cucu Mak Jemah. Kita boleh buat tu jadi nama akaun Insta untuk Leef dan Maryam. Confirm meletup!”
Wafa sabarkan diri sekejap. Eee, ada juga yang kena kokak ni karang! Dah buang tabiat ke apa lakinya ini tiba-tiba saja nak buat akaun Instagram anak pula? Sejak tak dapat nak manja lebih-lebih ni, otak suaminya itu dah macam tak betul saja. Semua benda-benda pelik lelaki itu nak buat. Haih, sabarlah sayang. Lima hari saja lagi!
“Jangan nak mengada, abang! Insta sendiri pun tak terurus, nak buat untuk Leef dengan Maryam pulak. Siapa yang nak handle nanti? Dan, lagi satu, cuba abang fikir faktor keselamatan. Anak-anak kita tu kecik lagi, sayang.” Berjela Wafa huraikan sebab dia tak bersetuju.
Dia faham Karl seronok ada anak-anak. Tapi, sampai nak sediakan akaun media sosial untuk mereka? Tak payahlah.
“Nanti abang handlelah.”
I said, no! Dah, Wafa tak nak cakap lagi pasal ni.”
“Alah...” Karl memuncung. Merajuk. Cepat-cepat, dia ambil Maryam dari tangan Wafa.
Wafa buat dek saja. Mengadalah Karl ni! Kesian Maryam. Asyik bertukar tangan saja. Mahu pening kepala anaknya itu.
Mommy...” Khaleef tiba-tiba bersuara.
Karl dan Wafa spontan menoleh kepada anak lelaki mereka yang sudah comot dengan warna krayon. Sampai ke muka-muka warnanya.
“Ya, sayang. Come here to mommy.” Wafa gamit anaknya itu. Sekelip mata, Khaleef sudah pun bergayut seperti monyet pada badannya. “Nak apa anak mommy ni?”
“Nak ayam popcorn. Now.” Selamba Khaleef menjawab dan memberi arahan.
Karl dan Wafa berpandang sesama mereka. Tergelak sendiri mereka jadinya.
“Tulah, masa mengandung sayang nak ayam popcorn aje. Anak pun mengikut,” sakat Karl. Tersenyum penuh makna.
“Diamlah, bang. Mengandung-mengandung jangan nak sebut ya. Bahaya.” Wafa mula bangun. Malas nak melayan suaminya itu dengan topik begitu. Khaleef dia dukung sekali dan dibawa pergi ke dapur.
Tergelak besar Karl jadinya. Wafa dia pandang sehinggalah kelibat isterinya itu hilang. Ermm, eight to go. Eight to go, sayang!

MOMMY!
Kepala Wafa terus tertoleh dan memandang Khaleef yang terkedip-kedip matanya. “Ya, kenapa? Eh, kejap. What are you eating, Khaleef?”
“Aiskrim.” Jujur jawapan budak lelaki itu. Pipi yang comot terkena aiskrim dilap dengan hujung pijamanya.
“Siapa bagi aiskrim tu? You know youre not suppose to eat ice-cream at night, right?”
Khaleef diam. Dia tayang muka tak bersalah dekat mommynya. “Daddy bagi.”
Mata Wafa membulat besar. “Daddy bagi? Kenapa daddy bagi?”
“Err... sebab upah.”
Kening Wafa mula berkerut. Pelik mendengar jawapan anaknya. Dia tunduk dan mendukung Khaleef. Anak lelakinya itu dia dudukkan di meja bar. Aiskrim di tangan Khaleef diambil. Sakit perut juga anaknya ni karang. “Upah apa?”
Daddy suruh cakap dekat mommy.”
“Cakap apa? Tell me.” Wafa lap tangan anaknya dengan tisu basah. Kemudian, pipinya pula.
Eee, lakinya itu mesti duk sibuk kelek Maryamlah tu. Sampai Khaleef dibiarkan comot makan aiskrim. Nak kena Karl ni!
Daddy kata nak adik Maryam.”
He... what?!” Terbeliak terus mata Wafa.
Suaranya pun dah jadi ala-ala Mak Jemah. Memanglah kan. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Khaleef tergelak melihat reaksi mommynya. “Mommy nak bagi adik Maryam tak?”
Wafa gigit bibir. Eee, pandai sungguh suaminya itu ya. Suruh anaknya cakap keinginan dalam hati tu. Amboi!
Khaleef dia turunkan semula ke bawah. “Cakap dekat daddy, no adik Maryam! Mommy cuti sampai tahun depan. Faham?”
Khaleef mengangguk-angguk. Tak sampai dua saat, anaknya itu dah terkedek-kedek berlari ke ruang tamu.
Kembang kempis hidung Wafa menahan geram. Amboi, bukan main daddy Khaleef tu ya. Tunggulah. Your daddy is going to pay for that, Khaleef! Heh!

WAFA sangkutkan tuala di tempat penyangkut. Kemudian, dia berjalan ke arah tab mandi. Air dibiarkan berisi penuh dengan buih-buih gel mandian kegemarannya.
iPhone pula dia letakkan di tempat khas di sisi tab mandi. Sengaja dia bawa. Kut-kutlah ada panggilan penting ke, apa ke. Okey, itu dia tipu. Niat sebenarnya sebab nak berendam sambil mendengar lagu! Hahaha.
Sementara menunggu air di dalam tab penuh, Wafa berdiri di depan singki. Wajah sendiri lama diperhatikan di depan cermin. Dia mengeluh. Mana tidaknya, mata dah sebiji macam mata panda. Nampak sangat kurang tidurnya.
Selesai saja menggosok gigi, Wafa bergerak ke arah tab mandi yang sudah pun penuh dengan buih-buih. Semerbak bau wangian kesukaannya memenuhi ruang itu. iPhone dicapai dan lagu kegemarannya buat masa sekarang, Crush, nyanyian Yuna dan Usher, dimainkan.

I feel a little rush
I think I’ve got a little crush on you
I hope it’s not too much
But babe when I'm with you, I hear it
My heart singing
La, la, la, la, la, la, la, la-la
La, la, la, la, la, la, la, la-la

Wafa membuka pakaian dan terus masuk ke dalam tab. Ah, nikmatnya! Tuhan saja yang tahu betapa nikmatnya dia dapat relakskan diri begini. Bagi dirinya yang kini menjadi seorang ibu yang bekerjaya, masa-masa begini sangatlah membantu menghilangkan segala rasa penat dan merehatkan badan. Ermm, tidur elok-elok ya Leef dan Maryam. Mommy nak layan perasaan ni.
Wafa berendam sambil bersandar dan memejamkan mata. Tapi, ketenangannya terganggu bila pintu bilik air terbuka. Alamak, macam mana dia boleh lupa pula nak kunci pintu tadi? Kan dah ada pengacau yang datang. Eee!
“Hai, sayang...” Karl muncul di muka pintu dengan muka nakalnya.
Wafa menjeling geram. Renungan tajam lelaki itu membawa seribu erti. Ah, seribu ertilah sangat. Satu erti saja tu. Nak manja-manjalah tu!
“Abang janganlah kacau Wafa. Pergilah jaga Leef dengan Maryam tu,” ujarnya.
Dia tak mahu diganggu waktu ini sebenarnya. Kalau Karl datang, tang mananya dia nak dapat rehat? Heh!
“Dia orang kan dah terlelap, sayang. Nak jaga apanya. Emmm, jadi sekarang ni bolehlah abang kacau sayang, kan?”
Laju Wafa menggeleng kepala. “No! No! No! Tak mahulah. Janganlah kacau. Wafa nak relaks-relaks ni.”
“Relaks dengan abang lagi best, sayang...”
“Tak nak! Abang suka buat benda pelik-pelik. Wafa nak relaks sorang-sorang. So, please...” Wafa tujukan jarinya ke arah pintu.
Karl buat tak dengar dan tak nampak. Dengan selamba dia buka T-shirt kelabunya. Mendedahkan tubuh sasanya di depan Wafa. Biar isterinya itu tergoda. Memang itu niatnya pun!
Wafa menelan air liur. Adoyai, dia memang lemah bab tengok badan suaminya itu. Seksi sungguh!
Karl berjalan penuh menggoda ke arah Wafa yang berendam itu. Tanpa membuka seluar, dia masuk ke dalam tab mandi. Dia mendekatkan dirinya dengan Wafa. Dengan selamba dan tanpa sebarang amaran, bibir Wafa dia tautkan dengan bibirnya. Ermm, sayang abang ni...
Wafa leraikan tautan. Wajah nakal Karl dipandang dengan matanya yang dikecilkan. “Abang memang, kan? Memang tak boleh kalau tak goda Wafa, kan?”
Karl tergelak. “Ermm, tahu pun. You’re mine. Always mine, sayang.”
Wafa terpanar sekejap melihat tawa Karl. Ermm, masih macam dulu. Masih mampu menggetarkan jiwanya dalam sekelip mata!
“Apa yang abang suruh Khaleef cakap dekat Wafa tadi? Tak malu ya!”
Karl tersenyum senget bila teringat kata-kata Khaleef tadi.
Mommy kata no adik Maryam. Cuti sampai tahun depan.”
Dia bersandar ke tab mandi sambil tangan mengurut-urut dagunya yang berjambang nipis. “Hmm, cuti sampai tahun depan? Lama sangat tu, sayang...”
“Eee! Malaslah Wafa cakap dengan abang ni. Apa yang lama sangat entah.” Wafa julingkan mata ke atas. Rasa lelah bila soal anak dibincangkan. Bagi dirinya, cukuplah dua orang anak saja buat masa ini.
Melihat muka Wafa yang tak puas hati itu, Karl dekatkan dahinya dengan dahi isterinya itu. Baru saja dia nak berbicara, tiba-tiba iPhone Wafa pula berbunyi. Ah, sudah! Asal nak manja-manja saja, telefon berbunyi. Ughhh!
Wafa capai iPhonenya. Matanya terbeliak bila terpandang skrin. “Oh, no! Mak buat video call!”
Mata Karl terbeliak besar. Aduh, dan-dan masa ni pula mak mertuanya itu nak buat panggilan video. Matilah kalau orang tua itu tahu keadaan mereka ketika ini!
“Abang keluar cepat. Keluar!” Wafa mula kabut.
Dan, entah macam mana jarinya tersentuh skrin dan sekelip mata panggilan video itu bersambung. Oh, shit!
“Wafa? Ooo, Wafa? Apasal gambar siling pulak ni?” Suara Mak Jemah dah kedengaran.
Karl dan Wafa makin cuak.
Wafa terus halakan iPhone pada wajahnya. Manakala, sebelah lagi tangannya terus menekan kepala Karl masuk ke dalam tab. Tenggelam terus di sebalik buih-buih tebal. Ops, sorry abang. Emergency!
“Err, hai, mak! Ni, Wafa ada ni.”
“Ya Allah, Wafa! Buat tabiat ke apa kamu ni? Sampai mandi pun bawak telefon. Haih!”
Wafa tersengih-sengih pahit. Cuba nak cover keadaan. “Hehehe. Tak adalah, mak. Wafa takut kalau ada call penting. Tu bawak tu. Ni, mak telefon ni ada apa mak? Siap bervideo call bagai. Kelas Mak Jemah!”
Mak Jemah ketawa. “Banyaklah kamu punya kelas, Wafa. Tak adalah. Mak saja aje nak tengok kamu. Ni, minggu ni kamu jadi balik kampung tak?”
“Jadi, mak.” Wafa menjawab pendek sambil menyengih. Nak menutup rasa cuak dalam hati.
“Hah, yalah kalau jadi. Ni Karl mana ni?”
Wafa rasa tercekik tiba-tiba apabila mendengar soalan cepumas itu. Ah, sudah! Mak Jemahnya itu tanya pasal Karl pula. Kalau dia cakap jujur yang suaminya itu tengah menyelamkan diri di dalam tab ini, agak-agak maknya akan mengamuk tak?
“Err, ada kat luar sana. Tengah tengok-tengokkan budak-budak tu.”
Mak Jemah buat muka macam tak percaya. “Ya ke dia tengah tengok budak-budak tu? Ke tengah menyelam dekat dalam tab tu?”
Terbatuk terus Wafa jadinya. Allah! Macam mana maknya itu boleh tahu? Terror sungguh meneka!
“Eh, betullah, mak. Mana ada Karl dekat sini. Nah, cuba tengok ni.” Wafa tayangkan iPhonenya ke tab mandi yang berbuih-buih itu. Sengaja dia tunjuk bukti.
“Eloklah tu. Dah, pergilah sambung mandi tu. Nanti apa-apa hal bagi tahu mak. Assalamualaikum.”
Selepas menjawab salam dan wajah Mak Jemah hilang dari skrin telefon, Wafa terus menarik kepala Karl. Tercungap-cungap suaminya itu jadinya.
“Sayang! How could you do that to me? Adeh, lemas abang!” Termengah-mengah Karl sambil menguak rambutnya ke belakang.
Merah mukanya menahan nafas. Semuanya gara-gara tak mahu kantoi dengan Mak Jemah. Haih, kuat sungguh pengaruh Mak Jemah ni. Sampai cuak kebebeh mereka jadinya!
“Abang okey tak ni? Nak Wafa buat CPR tak?” tanya Wafa, menyakat.
Mendengar perkataan CPR itu, laju saja Karl menyengih. “Nak! Nak! Cepatlah bagi CPR. Abang tunggu ni.”
Wafa rasa nak cubit saja bibir Karl yang memuncung. Eee, bukan main lagi ya? Asal sebut CPR saja, suka bukan main!
“Tak payahlah nak berCPR bagai. Bukan lemas betul tu. Dah, dah. Pi keluar sana. Wafa nak sambung mandi cepat ni. Nasib baik tak kantoi tadi. Kalau kantoi, abang dapat bayangkan tak macam mana Mak Jemah kita tu?”
Spontan Karl terus angkat kedua-dua tangan separas bahu. “Huisy, tak sangguplah abang nak bayangkan. Okey, okey. Abang keluar.”
“Tahu pun. Cepat sikit keluar tu.” Sengaja Wafa menghalau.
Karl cebikkan mulut. Tak puas hati. Tak sempat nak keluar, Karl menoleh kepada isterinya. “Tapi, kan mana mak dapat power telepati tu eh, sayang?”
Wafa tergelak mendengar soalan suaminya itu. “Entah! Daripada Boboboi kut.”
Naik tersedak Karl mendengar jawapan spontan isterinya itu. “Abang sekeh sayang karang, apa pun tak dapat tau.”
Wafa mengekek dan dia buat tak tahu saja bila Karl keluar dengan badan yang basah kuyup. Paling tak boleh blah, sememeh saja mukanya suaminya itu. Kesian sungguh. Alah, sayang... Lain kali kita manja-manja ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan