Pakej Julai 2016

Pakej Julai 2016

Rabu, 10 Februari 2016

Suami Paksa Rela - Bab 8

“Weh...”
Wafa menoleh ke belakang. Terus dia buat muka menyampah bila ternampak Karl yang tengah berjalan menuju ke arahnya. Eee, tak boleh nak tengok dia senang sikit, mulalah muncul mamat ini. Dia baru saja nak godek-godek telefon tengok gosip terbaru. Dah tergendala agenda. Heh!
“Awak nak apa, Karl?” soalnya.
“Aku nak kaulah...” jawab Karl, mengada.
Dia buka selipar dan naik ke atas gazebo. Terus dia ambil tempat di tiang dan duduk bersandar di situ. Petang-petang begini, memang selesa rasanya dapat ambil angin di luar rumah. Lagi-lagi rumah Mak Jemah ini dikelilingi sawah. Kuat anginnya. Selesa sampai rasa nak tertidur. Sangat nikmat!
Wafa lihat Karl di depan matanya. Dia ni, kecil besar, kecil besar saja. Kejadian pagi tadi masih terlekat di dalam kepala. Rasa segan, malu, geram, menyampah, semuanyalah ada! Ikutkan hati, memang dia rasa macam tak nak pandang saja mamat di depannya ini.
Tadi, semasa makan tengah hari pun dia tak ikut sama. Saja dia biarkan Karl dan Mak Jemah saja yang makan. Lepas dua orang itu makan, baru dia makan. Tak sangguplah haih nak duduk satu meja dan bertentang mata dengan Karl. Terbayang-bayang ‘komen’ ikhlas lelaki itu tentang asetnya. Eee, tak sukanya!
“Hoi, cincin yang aku bagi tu mana?” Karl tiba-tiba bertanya apabila dia terlihat jari manis tangan kiri Wafa yang kosong. Sepatutnya cincin yang dia bagi ada tersarung di situ.
“Saya simpan.”
“Apasal pulak kau simpan? Aku dah bagi tu, kau pakai ajelah. Itu tandanya kau dah kena cop dengan aku.”
“Eh, tolong sikit. Entah masa bila pulak awak dah cop saya. Dah tunang baru dikira kena cop tau. Ada faham?” Wafa buat muka kerek.
“Lagipun, nanti mak tu banyak soal. Tak terjawab karang,” sambungnya lagi.
Karl mencebik. Ia-ialah tu...
Keadaan antara mereka jadi senyap tiba-tiba. Wafa sibuk membaca gosip baru pasal isu hangat yang tengah viral di dalam negara. Karl pula hanya diam memerhatikan liuk lentok daun padi apabila terkena tiupan angin. Masing-masing hanyut dalam dunia sendiri.
“Wafa...” Karl tiba-tiba bersuara.
“Emmm...”
“Kau suka jenis lelaki yang macam mana ya?”
“Tak kisah. Yang penting, lelaki tu tak curang!” Laju Wafa menjawab. Penuh yakin dengan jawapannya itu. Mata gadis itu masih terlekat pada telefon.
Karl memandang Wafa. Tergelak dia mendengar jawapan gadis itu. “Berdendam betul kau dengan Idham tu, kan?”
Wafa angkat muka pandang Karl. Siap bagi jelingan tajam lagi kepada lelaki itu. “Jangan sebut pasal mamat tu lagi, boleh?”
“Kau ni kena move on, Wafa. Kalau kau tak move on, macam mana kau nak hidup dengan aku nanti? Aku tak nak isteri aku curang dengan aku.”
Kening Wafa kelihatan berkerut. “Tak ada maknanyalah saya nak curang dengan awak, Karl.”
“Kau kahwin dengan aku, tapi hati kau masih tak boleh nak lupakan Idham. Bukan curang ke namanya tu? Walaupun kau tak ada hubungan dengan dia secara lahiriah, tapi dari segi hati, kau dah tak setia dengan aku. Kau tak suka pasangan kau curang, macam tu jugak dengan aku. Kau lupa tentang syarat yang aku cakapkan hari tu?”
Wafa hanya diam. Namun, matanya masih terlekat pada wajah Karl yang setia merenungnya. Satu keluhan terlepas perlahan. “Bagi saya masa boleh tak?”
“Boleh. Tapi, aku rasalah kan, kau mesti akan cepat lupakan mamat tu.”
“Apasal awak cakap macam tu pulak?”
“Yalah, dah dapat bakal suami punya handsome, hot, comel, maco... Hah, apa lagi? Tak lamalah tu kau nak jatuh cinta dekat aku.”
Elok-elok dia tengah berada dalam mood serius, Wafa terus tergelak apabila mendengar ayat lelaki itu. Amboi, cakap tak pandang kiri kanan langsung. Perasan bagus sungguh.
“Jatuh cinta dengan awak? Hahaha! Memang taklah, Karl!”
“Kau ni, kalau bercakap tak payah nak confident sangat boleh? Ingat sikit, Wafa. Jangan cakap main ikut dan aje. Sekarang ni, memanglah. Aku tunjukkan perangai aku yang sengal-sengal aje dekat kau. Lepas kahwin nanti, kau jangan terkejut pulak. Masa tu, aku akan jadi suami kau yang paling romantik, paling seksi, paling menggoda, paling caring yang pernah ada dekat dalam dunia ni. Mau terguling-guling kau jatuh cinta dekat aku nanti!”
Allah! Wafa rasa nak muntoh hijo selepas mendengar ayat Karl itu. Perasan gila kut mamat ni! “Ceh, setakat lelaki sengal macam awak ni, apalah sangat!”
Karl buntangkan mata. Lelaki sengal dia panggil aku?!
“Tak apa, tak apa. Kau tengok ajelah nanti. Selesai aje akad nikah, aku terus tunjuk cara-cara macam mana nak menggoda perempuan dekat kau. Kau tunggu ya, sayang...” Dia tayang muka gatal.
Allah! Sekali lagi Wafa rasa nak muntah. Kali ini, bukan muntoh hijo. Muntoh pelangi terus!

SAKIT hati!
Ya, memang dia tengah rasa sakit seluruh jiwa dan raga. Malam-malam begini memang dah jadi rutin dia menggodek-godek gambar di Instagram. Biasanya kalau dia rajin, dia akan balas komen daripada pelanggan yang follow akaun rasmi Istagram Butik Sweet-Sweet Counture miliknya dan Ika.
Dah habis soal kerja, dia log masuklah akaun Instagram sendiri pula. Tup-tup, muka Idham dengan bakal isteri dia yang terpampang pada skrin iPhone 6 Plus yang baru dibeli. Alahai, merosakkan mood betullah!
Dinner with my wife to be...” ajuk Wafa dengan muka menyampah bila baca kapsyen pada gambar Idham itu.
Dulu, masa tengah bercinta dengan dia, tak adalah pula lelaki itu nak upload gambar-gambar macam ini. Eee, benci! Kalau ada ikon dislike dalam Intagram ini, memang berjuta-juta dislike dah dia bagi. Heh!
Walaupun rasa menyampah makin membuak-buak dalam hati, tapi Wafa dengan gatal tangannya terus tekan skrin untuk melihat profil Idham. Rasa tak tahan nak stalk akaun Instagram bekas kekasihnya itu. Apa lagi, berdesup-desuplah keluar gambar-gambar baru pasangan kekasih itu. Amboi, banyaknya!

#sayangyouketatketat
#happymoments
#cintasampaiJannah
#hanyaakucintakauseorang
#iloveyousayang

Wafa sampai tergigit-gigit bibir bila baca hashtag yang Idham letak pada setiap gambar yang ada. Itu baru sikit, berlambak-lambak lagi yang ada sebenarnya. #ourlovestorylah, #youandmelah, #prayforuslah kononnya. Phuiii! Daripada doa untuk dia orang berdua ini, lebih baik Wafa doa untuk mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis di luar negara sana. Lagi bagus dan berfaedah. Heh!
Tipulah kalau dia kata dia tak rasa sedih. Bila dia tengok gambar-gambar Idham masa makan, tengok wayang, window shopping dengan si perempuan bernama Elli itu, buat dia teringat semula kenangan lama. Semua itu dia pernah buat bersama-sama dengan Idham dulu. Hurm...
Tapi, nak sedih pun dah tak ada guna. Dia dengan Idham memang tak akan bersatu sampai bila-bila. Idham dah pernah curang sekali dengan dia. Kalau lelaki itu datang semula pun, memang dia tak akan terima. Dia benci dengan lelaki yang tak setia!
Bila rasa benci dah mula nak kuasai diri balik, tiba-tiba dia dapat idea. Dah alang-alang nak tunjuk kepada Idham yang dia pun boleh bahagia, baik tunjuk kaw-kaw punya! Daripada berbaring di sofa, Wafa bangun dan bergerak menuju ke bilik Karl. Harap-haraplah lelaki itu tak tidur lagi.
Pintu bilik Karl, dia ketuk. Adalah dalam lima kali ketukan, baru pintu itu terbuka. Karl berdiri dengan muka pelik memandangnya.
“Hah, kenapa?”
Busy ke?” Wafa cuba mengintai ke dalam bilik Karl. Dia ternampak Macbook Karl yang tengah terpasang di atas katil.
“Ada kerja sikit. Kenapa, Wafa?”
“Saya nak ajak awak lepak kejap.”
Berkerut kening Karl bila mendengar kata-kata perempuan itu. Melepak? Ceh, kaki lepak juga rupanya minah ni!
“Nak lepak dekat mana malam-malam macam ni? Mengamuk Mak Jemah tu karang.”
“Nak mengamuk apanya? Saya nak ajak awak lepak dekat ruang tamu depan tu aje kut. Ada benda nak bincang sikit.”
“Hmm, ingatkan nak lepak dekat mana ke.” Karl berkira-kira sekejap.
Nak lepak ke, nak semak laporan projek itu? Emmm, lepaklah. Bakal isteri kan lagi penting. Karl membuntuti Wafa yang dah berjalan ke ruang tamu. Dia turut ikut duduk bersila bila lihat Wafa dah buat seperti itu di tengah-tengah ruangan luas itu. Dah macam orang nak bertapalah pula mereka.
“Kau nak bincang apa ni, Wafa?” Mata Karl terarah kepada Wafa. Perempuan itu membalas pandangannya.
“Awak tahu kan kenapa saya nak kahwin?”
Karl anggukkan kepala. “Tahu.”
“Saya nak mintak tolong ni.”
“Tolong apa pulak?”
“Tolong berlakon.”
“Hah?” Kening Karl mula bercantum. “Berlakon? Kau ni agak-agaklah pun. Aku ni bukannya pelakon, Wafa oi. Aku ni businessman. Tapi, kalau nak harapkan muka, setakat nak jadi pelakon memang dah lepas sangatlah. Pelakon paling handsome pulak tu.”
Eee, Wafa rasa macam nak sepak saja muka si Karl ni. Kalau tak perasan tak boleh ke?
“Awak ni kalau serius sikit boleh tak? Jangan nak main-main,” ujarnya, serius.
“Mana ada aku main-main. Kau tu yang tak cakap terang-terang, Wafa. Salahkan aku pulak.”
Wafa menjeling muka Karl. Ada saja jawapan lelaki itu!
“Macam ni, saya nak kita pergi semua tempat yang Idham biasa pergi. Saya nak dia nampak saya dengan dengan awak. Nampak saya bahagia dengan awak. Boleh?” Wafa ceritakan rancangannya.
“Macam mana kita nak pastikan yang kita ada dekat tempat yang sama dengan dia?”
“Saya stalklah Insta dia. Dia apa-apa hal mesti update dekat situ punya.”
Terangkat kedua-dua belah kening Karl. Amboi, perempuan ni! Mesti memang selalu stalk Insta mamat Idham tu. Perempuan, perempuan...
“Awak boleh tolong tak ni?” tanya Wafa. Mengharap sangat suaranya.
“Boleh. Aku boleh tolong. Tapi, ada syarat.”
Wafa buat muka tak puas hati. Ini tak suka ni. Main syarat-syarat pula!
“Aku tak nak dengar kau kompelin pasal lakonan aku. Apa yang aku buat, kau ikut aje. Tak bayar nak bising-bising. Okey?”
“Itu aje? Okay, deal!” Wafa setuju tanpa banyak komen. Setakat itu saja syaratnya, memang sah-sahlah boleh.
“Ada apa-apa lagi kau nak bincang, Wafa?”
Wafa menggeleng kepala. “Nope!”
Good. Kalau macam tu, aku nak sambung buat kerja aku balik. Kau tu jangan nak tidur lewat sangat. Nak dekat pukul 1.00 dah ni.” Karl mula bangun, berdiri di depan Wafa.
Wafa mendongak pandang Karl. “Okey, bos! Nanti kalau nak berak, kejut saya lagi eh? Nanti saya bawak awak pi toilet yang tak ada pintu tu lagi. Hihihi!”
Karl ketap gigi. Belum sempat dia nak balas kata-kata perempuan itu, Wafa dah cabut lari. Haih, sempat pula bakal isterinya itu memerli dia ya. Gigit karang! Grrr!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan